A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Tahniah En. ASO

Salam semua...

Saper tak kenal ASO..

En Ahmad Soufiean kita dah melangkah ke jinjang pelamin pada...tak pasti plak tarikhnya..

Anyway ni di antara gambar yang saya dapat.

Benda baik kene la sebar-sebarkan...

Semoga pasangan ini diberkati Allah di dalam senang dan susah .. Amin...

Kami student iS221 tumpang gembira En...


Microsoft Security Essentials

Salam semua...

Ni nak citer pendek jer. Microsoft akan mengeluarkan product terbarunya. Basically is merupakan perisian antivirus.

Microsoft Security Essentials atau telah diberi nama sebagai Morro pada 16 June 2009.

Perisian ini akan available untuk trial dalam bulan September.



Berikut merupakan beberapa screenshot yang aku tangkap dari maschine aku kat rumah tu..
Screenshot

Manakala sumber maklumat primer boleh didapati di sini.
Microsoft Security Essentials

9 sebab Hati tak Bahagia

Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Shopping @ Nilai 3

Salam semua...

Huh, saper dah penah pi Nilai? Lebih specific, Nilai 3. Biasa org pi sini time musim nak raya. Tak pun time nak kawen. Sebab area ni jual benda2 tu jer. Yang lain-lain ader la skit. Tapi tak sekencang kain baju nih.

Perjalanan dari Shah Alam ikut Kesas Highway amik dalam 1 jam. Klu naik kete Waja 1.8, RM50 tu lepas la pi balik.

Klu boleh, korang korang gerak la pagi. Sini kul 10 dah buka dah. Sebab korang berjalan jer nak dekat satu hari. Itu pun belom tentu dapat pi sumer kedai. Better bawa list barang korang nak beli dah bagetnya sekali.

Korang just follow anak panah merah tu jer. Kawasan dia akan pendalaman skit.

Tu tengok tu, banyak gila pilihan. Kaler toksah citer la. Macam ada...Cuma berkenan atau tak jer.. Bawa la satu batalion, suh diorg survey. Kita yang laki nih sure tak larat punya. Pada kita, sumer pun cantik.

Harga kat sini boleh tawar. Btw, korang btul2 survey dlu. Sbg contoh, 4 kedai berlainan jual bekas cincin yang sama, harga diorg RM15.90 - Rm35 - RM28 - RM30. Benda yang sama nih. Sebijik, tak der tambah atau kurang. So pikir2kan la yer..(abaikan gadis bj biru dalam gmbr, syibuk jer.. )


Food court sini ader satu jer. Kebersihan kawasan aku bagi 6/10. Kebersihan makanan 5/10. Air tu berminyak. Korang tak banyak pilihan. Nak KFC atau seangkatan dengannya, lupakan.

Kedai2 kat sini ala2 pekan koboi tau. Boleh di kelaskan kepada Nilai 3 - Nilai 3 Baru - Nilai 3 Lama. Tengah hari terasa kat sauna. Gila panas. Oh, gambar tepi tu antara iklan terbaik aku penah jumpa...

Overall, kat sana tu pilihan banyak. Diskaun sampai 80%. Oh, kawasan ni agak pendalaman skit dari highway tu. Insyaallah, klu niat kita baik, tuhan akan tolong...

Nasi Goreng Nilai 3

Salam semua...

Makan2 cari jalan kali ni kita pi jauh skit... Yeh, kita pi Nilai. Lebih specific lagi, Nilai 3. Rase2nya kat sini jer ader benda nih. Dia tak mcam mee bandung Muar atau otak2 Kempas tu. Kat padang besaq pun org masih jual. Memang berjaya menembusi pasaran setempat tuh.

Makanan nih diberi nama "Nasi Goreng Nilai 3". Mula2 ingat harga dia RM3 (sebab ader nilai 3 tu). Rupa2nya dak eh...


Basically nasi goreng ni, pada amatan aku lah, dia gabungan :
nasi goreng pataya + daging masak merah + cendawan masak merah + helaian epal hijau. Rasanya agak masin. So klu saper nak order, mungkin leh add on skit "Cik, kurang masin yer...".

Korang leh dapat nasi goreng nih kat Maria Cafe Corner Nilai 3. Kat area tu, cuma ader satu jer tempat makan atau food court. Kedai dia belah tengah..

Harga tak sure la sebab hari tu bayar sekali ngan 3 org, tapi dalam RM4 cam tu...

Korang try la yer...

Tagged by Miya

1. How old are you?
--> 25
2. Are you single?
--> Time nih single la, time kuar date hilang la status single tu.. Wanahaha
3. At what age do you think you’ll get married?
--> 26 kot...
4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
--> Pak nujum kata gadis tu akan bermula dengan "Nor"
5. If not, who do you want to marry?
--> Citer panjang pun tak guna, org tu dah beranak-penak dah pun...
6. Who will be your bridesmaid or your bestman?
--> Bridesmaid ngan bestman tu aper???
7. Do you want a garden/ beach or traditional wedding?
--> Of coz la omputeh, ader nari2, kiss2, campak2 bunga... But, i'm Malay. So, traditional jer la..
8. Where do you plan to go for honeymoon?
--> Tak kesah, asal kami pi berdua without any limit in love... hehehehe....
9. How many guest do you think you’ll invite?
--> Org PTAR, dak UniKL, member FPM, member SMKA, dak2 Munshi, ader la dalam 300
10. Will that include your exes?
--> Huh?? Wei, ni yang first la....
11. How many layers of cake do you want?
--> Ntah la, klu kek lapis tu, berlapis2 kan....
12. When do you want to get married? Morning or evening?
--> Evening la, celah mana org pi kenduri pagi2...
13. Name the song/tune you would like to play at your wedding?
--> Lagu kawen2 jer kot, yang pasti tak mau lagu mawi. Semak la....
14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
--> Kita kaorg Melayu, pakai tangan sudah, 4 penjuru khemah ader paip cuci tangan..
15. Champagne of red wine?
--> Red wine mahal. Air bandung soda mau.?? Red gak tu...
16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
--> You mean that "honeymoon" yerk. Malu plak nak jawab, after the wedding la...
17. Money or household items?
--> Barang2 umah la...
18. How many kids would you like to have?
--> 6 dalam 2 shot.... (Larat ker bini aku nanti....)
19. Will your record your honeymoon in DVD and CD?
--> Erm, stakat jalan2 tu simpan la. If "that" honeymoon, tak yah simpan, sebab banyak sangat "version". Wahahahaha...
20. I want to know their wedding plan:
--> Tak tau lagi saper, saper jer yang yang kawen....

Mee Bandung Muar @ Taman Dato' Harun

Ya, program makan2 cari jalan kali ni kita ke Taman Dato Harun. Kita pekena Mee Bandung Muar. Yang ni aku berani jamin, memang ader rase Muar punya. Yang masak pun org jawa, tak pasti org Muar ker bukan. Harga sangat2 berpatutan di alam siber nih. RM3.50. Banyak gak la, siap daging, telor, udang. Pendek kata cukup sifat ke bandungannya tu... Banyak tempat claim diorg punya Muar mai, tapi hakikatnya cam mai dari Balakong jer.. Wahahaha....




Tu dia banner kedai ni. Kecik jer kedai dia, kadang sekali pandang tak nampak cam gerai pun. Meja ader la dalam 3 biji. Kadang tu nampak macam tak niaga. Selain mee bandung, ader gak mee lain - mee jawa, mee sup ngan mee aper ntah yang last tu. Mee2 yang lain ni tak try lagi, Ujung minggu nih baru nak try. Abaikan gadis dalam gmbr tu....

Kedudukan gerai ni agak mudah di cari tapi kureng strategik sebab betul2 kat simpang jalan. Korang just cari Kompleks Pasar dan Penjaja Taman Dato Harun atau Masjid Besar dia. Btul2 kat tepi highway. Simpang tu dah la tak der trafik light, sesak plak tu, korang berhati skit bila nak melintas, sebab kedai dia btul2 kat simpang tu.

Saper2 yang berhajat tu, boleh la pekena mee nih, serius puas hati. Oh lagi satu, klu bungkus, korang minta pak cik tu masukkan lebih skit udang gagau tu... Huh...