A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Reunion FPM ver.2

Wahahah, dah masuk version2 dah..yo'o jer...

Anyway thanks pokcik Din sebab belanja makan. Moga hang murah rezeki yer Din..Amin....

Perjumpaan Jumaat malam pada 17-July-2009 ni tak der la ramai sangat atau official. Aku pun dah nak tido dah, ingat tak jadi. Actually perjumpaan ni just before sedare Apex kita menaiki jinjang pelamain. Kebetulan plak Din rekod mai sini sebab nak amik barang2 dia kat umah sewa Puncak Perdana tu..

Din wat acara tahunan Din, hahaha... Oh, btw, Din kita dah berkerjaya sebagai seorang cikgi. Ok lah tu, cikgu disiplin lagi. Hang toksah dok usha dak2 tu Din, child abuse nanti.. Wahahahaha.....



p/s: wei, nanti aku upload clan Dota puncak kita. Banyak kenangan tu...

Hakikat Perkahwinan

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Revenge for the Gakgak....

Haram sungguh la, ni dah start musim mengawan dia nih. Kat area seksyen 7 lama, tepi UniSel tu tempat sarang dia la tu. Banyak plak tu, siap bawa kaum dia...


Jaga2 saper yang lalu bawah pokok, walaupun korang tak kacau dia, dia mesti serang korang punya. Sebab dia rase terancam bila korang dekat ngan sarang dia...

Jadi bagi memenuhi aktiviti Ahad pagi, kitorang cari pasal ngan gagak nih. Idea Usop la nih, heran aku, dia asyik serang Usop jer, dari hari tuh.. Tapi dia serang betul wo... Aku tengok live dia attact mat Indon depan Unisel tu, dia terbang dari belakang rendah, pastu cakar telinga mamat tu. Shiot betul....

Jolok Sop, ingat nak bakar jer, tapi jauh sangat la plak. MBSA plak cuti. Hari Ahadkan... Burung nih masa dia nak besarkan anak dia lagi ganas, menurut Usop kita nih...


Misi ini sukses setelah hampir 45 minit berlalu. Sarang diorg hancur dan telor jatuh menyembah bumi. Huh.., puas hati ko Sop...

Rahsia Punggungmu

Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??


1. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat.. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke man a hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

2. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berse ron ok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang ro man tik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita.. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis no problem.. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan ba dan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

p/s: aku suka punggung yang 1st tu, tapi sayangnya diriku memiliki punggung yang bulat, huhuhu..

Musim Durian yang Indah

Huh....
Tempat lain tak dapat dik... Bersyukur la kita dok kat Malaysia nih. Lidah paya, lidah hutan... Tempat lain bertuah la nak merasa benda2 nih. Pokok dia nak idup pun susah. Tapi kita sampai terbuang2.

Org kater, jangan makan banyak sangat, Nanti sakit. Saper kater, time kita sihat ni lah kita makan, lantak la aper yang kita nak asalkan halal. Nanti bila dah sakit baru la pikir ubat atau berpantang. Doktor pun ader, sebab tu tuhan jadikan tiap2 penyakit tu ader ubatnya. Tapi time tak der sakit, kita nyak cukup2...

Biler citer durian jer, mesti org dok bercerita durian Segamat la, Thai la, Pahang la. Awat durian diorg lain ker. Tanam atas tanah gak kan...

Lagi satu, bagus institute penyelidikan wat kajian bagi menaikkan mutu durian kita nih. Tapi korang perasan tak. Harga pun naik. Dlu kita beli Rm10 tu satu bagus. La nih mana dapat, 1kg RM10. Gila aper...

Yang sebenarnya kita makan durian bukan sebab rasa, tapi suasana yang riuh ngan kawan2, adik-beradik, family terdekat. Betul tak, tapi klu dapat beli sebijik dua, aper rase. Kupas 2 kali dah abih. Suasana tu ilang. Time makan ni lah kita nak tengok muafakat (time kopek buah), kemesraan (saling passing2 buah yang dikopek), keakraban (kongsi makan dalam satu pangsa). Btul tak..

Di harap pihak2 yang berkenaan tu paham keadaan ini. Jangan jual semata2 nak kaut keuntungan. Tanah tu bukan korang punya, korang pinjam jer. Sampai masa korang yang dok dalam tu. ...

Jadi renung2kan dan selamat beramal


(klu ader keter, penuh kan but keter tu)