A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Goodbye 2011

Sah Jawatan

2 hari sebelum menamatkan sessi 2011, got berita sangat menggembirakan. Actually, tak der la gembira sangat, but agak suka la. I'm now CONFIRM. Telah disahkan ke dalam perkhidmatan.

Damn 3 tahun menunggu, i think it is the longest period untuk sah dalam jawatan (government). Orang lain 2 tahun dah sah, that's different story, they done a great job. They perform very well.

Most people memang nak sah cepat, so that they can buy house (with government loan) plus feel secure. Lambat atau cepat, at last, i'm here... Can tunjuk taring now. Hahahaha....

So what next?? Settlekan KWSP kot...

What a great 2011... Love u wife and son....


CIMB Octo Redemption - Picasso

Rasenya semua dah tau yang CIMB menganjurkan peraduan Click with Octo. Caranya, peserta hanya perlu melakukan mana2 transaksi menggunakan CIMB Click seperti di bawah :

- Funds Transfer (IBG & Instant Transfer)
- eRemittance*
- Western Union
- Prepaid Reload
- Bill Payment
- Mobile Banking Activation**
- iPhone/Android Widget Activation**
- Unit Trust (purchase & redemption)
--> ->
Di akhir transaksi (masa dia tanya nak print resit), ada logo Click here to play Game. Click di situ dan main permainan flash yang telah disediakan. Ader 3 set permainan. Setiap bulan bertukar. So ada yang senang, ada gak yang susah. Score tinggi2 untuk dapatkan setem octo. Kumpul setem tu pastu baru boleh redeem. Hadian gempak2 gak, PS3 ada, phone ada. Macam2 ada. Kumpul setem tu banyak2. Jangan lambat sangat redeem, kang sumer abih.


After 2 month waiting, barang sampai. Elok jer sampai 1 Ramadhan. Ok lah tu dari tak sampai teros.. So octo graduate tu ader la geng..Hehehe..


Denda IC Hilang

1st time IC ilang. Tapi tak der la rase macam pendatang sebab, time ic ader pun, bukan saper nak check. Dah sampai naik berkulat ic tu dalam dompet.

Anyway, some info tentang nak buat ic baru ni:

Dalam 1 hari siap
Better go to Putrajaya, they said, morning you come, evening already done. I think go to JPN, not sure at which block.

Hari ni hantar esok boleh amik
Yang ini boleh di request masa kita buat ic kat kaunter mana2 cawangan JPN. Kalau Shah Alam ni kat Plaza Masalam, tingkat 6. Diorg akan letakkan ic kita dalam fast lane / vip. Tapi amik kat Putrajaya.

2 Minggu siap
Kalau malas nak ke Putrajaya, memang nak amik kat cawangan tu jer, so tunggu la 2 minggu. Sementara tu, ic sementara akan dikeluarkan. Mostly, apa2 urusan terima ic sementara ni. Tapi part banking, memang susah skit. Dia tak kata tak boleh, tapi dari cara diorg terangkan tu, seolah-olah diorg cakap, "En, pi dapatkan IC betul dulu la yer", cam tu.

Denda
Kalau kehilangan tu disebabkan kecurian, TIADA denda dikenakan. Diorg akan tengok pada laporan polis yang korang buat. Tapi kalau sebab cuai, tu yang 1st RM110 and 2nd RM210.



Datang awal pagi la. Tak ramai pun. Tapi nak share skit, kalau pi JPN Plaza Masalam, time amik gambar, better amik yang lelaki, bersopan skit. Kalau yang perempuan tu, buat sakit hati jer. Dua kaunter jer untuk amik gambar, kaunter 13 ngan 14.

Abih semua kene kebas

Ya Allah tension sangat...Abih semua beg duit me and wife kene kebas...

Bonet kereta kene umpil. Memang salah sendiri la sebab letak beg duit tu sumer kat bonet. At 1st we thought letak sekejap jer. Sebab nanti nak kuar balik. Tak sampai 30 minit dah lesap. Itu pun sebab dengar sedare lain bising sebab kereta kene kopak.

Memang rezeki perembat tu la. Btw, serius aku tak halal dunia akhirat. Siapa2 yang park kat Dewan Komuniti Kampung Melayu, Majidee tu jaga2 la. In fact, masa diorg rembat tu. Kami semua tengah buat majlis persandingan. Dengan orang ramai kuar masuk, diorg tak goyang punya. 3 kereta kene include my car. Jahanam lock bonet saja.

Imagine, we totally got nothing. Tangki minyak tinggal 2 takah jer. Perjalanan jauh lagi (Shah Alam). Luckily got person give / lend some money to us.

Ingat nak buat suprise kat wife for 1st aniversary the day after, but gone already. Duit nak pi buat checkup kat hospital ngan nak beli barang2 baby pun hangus.

Mahal rezeki betul la... Now kene amik emergency leave on Monday sebab nak uruskan dokumen2 yang ilang tu... Arghh....

Selamat Hari Pekerja


Selamat hari pekerja weh.... dah tau dah, time ni la semua balik kampung, ader yang kawen, ader tu tido kat umah. Unlucky 4 me, kene keje plak. Argh........

Tension plak. Dah la cuti combo. Tak per la, mungkin ader hikmahnya....

Samsung Galaxy Ace


Tu dia, smiley bergelek kat atas tu.......

Alhamdulillah... selesai masalah nak pilih phone.. Maklumla, baget ketat. Tapi agak kecewa skit sebab tak dapat yang diidam. Anyway, Android gak la. Pilihan cuma tertumpu 2 model jer Wildfire ngan GAlaxy Ace nih. Klu ader baget lebih skit, memang banyak option, spare dalam RM400-500 lagi jer. Tapi mana nak dapat, kene 3 bulan kumpul gaji tu...

Mula2, pakai phone nih memang best. Tapi ader elemen yang buat tak best la. Antaranya:
  1. Bateri - giler kencang. Cepat sangat kering. Yer la nak banding ngan phone dlu tak dapat la. Dengan wifinya, kameranya, widgetnya, tu semua consume power. Anggaran dalam 2 hari mesti kene cas semula.
  2. Widget - mostly widget free, tapi untuk yang basic jer. Bila nak canttek skit, kene beli yang pro punya. Tak mahal pun dalam RM50 ke bawah. Yang lanun punya ader, tapi sebab baru lagi, tak berani plak.
  3. Default installation - Semua akan install dalam phone memory, tu by default. Dah la tak besar. Ader memory card tak guna pun. Ade cara nak ngubah tu tapi Warranty void, korang kene rootkan dia. Tak per, klu nak hantar warranty, korang bleh unroot balik..
  4. Auto shutdown - ini datu masalah phone nih. Dia akan mati sendri. Tak der official announcement dari Samsung. Mungkin sebab widget2 yang kita install. Tapi lepas dah selidik2. Rasenya sebab wifi tu, cuba la try korang on jer. So cara terbaik buat sementara waktu, klu tak pakai internet, korang offkan jer.
Rasenya itu yang yang tak best pasal phone nih. Yang lain best, yer la best pun sebab banding ngan V3X sebelom nih..



Oh ramai yang tanya harga - RM999, tu retail price. Klu lebih dari ni. Tok sah la beli. Btw, i got this one from SenQ for RM961 + 3 years warranty...

Henset dah nak bersara

Februari 2008 - henset ni memulakan tugasnya sebagai telefon mudah alih aku. Kira dekat 4 tahun dah pakai. Tahan memang tahan. Terpijak ker, terbaling ker atau sebagai alat menyendal pintu/meja, sumer tahan. Tapi dah sampai masa. Mungkin tak lama lagi ia akan mengumumkan persaraannya. Itulah Motorola V3X ku.

Teringat kisah time beli henset nih. Henset asal terjatuh kat Puncak Perdana time 1st day daftar kat situ. Time tu tumpang keter abah awek yang skang ni dah jadi wife. Ader pulak org tua dari Kedah jumpa, dibawanya balik. Eh boleh pulak dia guna nombor tu utk tel kawan2 dia. Bila kita tepon balik, dia minta kita bayar, katanya win-win situataion. Aku dapat phone balik, dia dapat duit skit, tak pun belikan henset murah2 utk dia. Mangkuk aper, henset tu la paling murah time tu, 3310. Dari belikan ko baik aku beli untuk sendiri.

Kenangan2. Berbekalkan sen tak seberapa nih. Aku akan servey phone yang bakal menggantikan tempat V3X nih. Calon2nya....HTC Wildfire dan Samsung Galaxy Ace. Survey jangan tak survey....

Welcome 2011, Goodbye 2010

Alhamdulillah, panjang umur ke tahun 2011...

There a lot of thigs happened in 2010. Some that i can recall are here.....



Semoga dipanjangkan umur saya dan wife sepanjang 2011 ini dah dimurahkan rezeki... Amin...

Soalan waktu Bertunang

This is my 2nd time follow people to majlis bertunang. Actually my function just untuk meramaikan majlis jer. Meramaikan bagi pihak sebelah sini (yang menerima).

Menjadi kebiasaan bagi kedua2 belah pihak melantik wakil mereka. Biasanya terdiri dari pakcik paling tua + berpengalaman dalam keluarga tu. Base on my exp, they will ask about this:

1. Berapa lama nak ikat tali pertunangan?
Biasa wakil akan tanya janji hidup. Maksudnya kalau hidup berapa lama tali pertunangan ni nak diikat. Ader yang bagi range bulan (cth: dalam bulan 6 - 7, akan diconfirmkan kemudian). Ader yang bagi exact tarikh atau bulan (mungkin sebab nak buat kat dewan, tempah dewan kene 6 bulan lebih awal). Namun begitu salah satu wakil akan minta dilonggarkan sedikit janji ini atas sebab2 tak boleh dielakkan seperti, status kewangan, tarikh tak sesuai atau sebagainya. Kira minta flexible la tarikh tu nanti.

2. Kalau ikatan putus tengah jalan, bagaimana status hantaran yang telah disampaikan?
Ini soalan panas. Masa mula2 dengar rase macam tak percaya. Mana taknya baru nak pi tunang, dah tanya pasal nak putus. Biasanya soalan ini merujuk pada status barang hantaran yang telah disampaikan, cincin tunang, barang sumer tu lah. Ader yang redha dan beri barang2 tu sebagai hadiah, ader pula nak balik cincin kecuali barang hantaran yang lain. Terpulang la pada pihak lelaki tu. Ader certain negeri memang dah ader rules dia. Ikut saper yang memutuskan hubungan tu.

3. Berapa nilai hantaran yang diminta?
Hah, cakap la awak nak berapa. Pihak lelaki tak usah risau, boleh tawar-menawar. Kene ingat bab duit satu citer, cincin lagi, rantai lagi, barang seperti beg tangan, kasut, minyak wangi tu lagi. Kalau dicampur tu semua.........tergolek kita. Bincang la elok2 dengan pasangan sebelum majlis tu.

4. Bila wang hantaran akan diberi?
Bila jumlah dah dapat, tentukan plak bila pihak pompuan nak wang tu. Biasa diorg minta sebulan awal, sebab pihak pompuan nak guna duit tu. Ader yang tak kesah, bawa time majlis. Tapi ingat, banyak mata memandang, hati diorg kita tak tau....

Last sekali, kedua2 belah pihak akan mengingatkan supaya pasangan ni, bila bertunang jaga batas pergaulan. Baru tunang dik. Belom nikah lagi....

Teguran paling shocked

Huh...

Baru balik dari kampung JB, got event there.. Adik sedare bertunang.... Biasa la, time2 majlis cam ni sumer sedare berkumpul, tak kire jauh atau dekat. Yang dekat kita mesra2kan, yang jauh kita kenal2kan.

Then jumpa lah seorang pakcik nih. Kenal, tapi dah lama sangat tak jumpa. Biasa dlu rajin gak terserempak. Pity on him, kaki yang dlu patah sebab xcident, patah lagi sebab jatuh tangga. Exactly same tempat. Kesian kan... Moga Allah bagi cepat sembuh. Org kater sakit tu penghapus dosa.

Anyway here are some dialog:

*Meet him at from door...
Me: Kenal lagi tak nih..
Uncle: Eh, mesti la kenal. Tadi terserempak masa pakcik naik motor, Kitorang nak pegi kedai. Tu yang cakap kat wife, itu lah pakcik. Tapi dia cakap bukan lah. Saya bgtau dia, dia mana pernah jumpa lagi pakcik. Dengar hari tu jatuh ek??
Uncle: Ha'ah. Jatuh masa nak turun tangga, kat tempat sama yang eksiden dulu plak tu. Ini pun dah boleh jalan sikit nih. Dah tempang balik....
Me: Aduh, tak pe. Pelan2 elok lah nanti tu...
Uncle: Ni along bila nak kawen???
Me: Kawen???!!!
Uncle: Ni soalan cepu mas untuk budak muda sekarang....
Me: *tak tercakap, kenapa dia tak tau, dah la dia duduk kg tu gak. quit close plak tu...cemaner dia bleh tak tau i'm married...

Oh damn, rase malu sangat. Tak nak salahkan saper2. Soklan nih ader 2-3 org yang tanya. Bukan aper, bila yang bertanya tu member atau sedare dekat, kita akan terasa sangat.

Kesimpulannya: Walaupun korang paskan kad2 tu kepada org lain untuk edar, korang sendri kene double check senarai penerima. Takut terlepas....

Monday Blues - Day b4 Merdeka

Aduuuuhaiii..........

Sangap betul la pagi Isnin nih.... Dengan opis yang lengang. Kat department nih dari 19 org tinggal 5 org jer....

Yer la sumer amik cuti combo, hari Jumaat cuti Nuzul Al-Quran, Selasanya pulak cuti 31 Ogos (Merdeka) , tu yang ramai cuti Isnin tu.

Bos pun tak dak . Bosan2 nih, layan mp3 raya syok wo.... Rase nak kemas beg balik kampung. Me hari ni mungkin amik time slip 2 jam pukul 3 nanti kot. Nak amik wife kat PJ then shoot to KLIA. Nak hantar adik balik Russia.

Sekali lagi.......BOOOOSSSAAAAAANNNNN!!!!!!!!!!!!

Too busy to update



Assalammualaikum....

I'm back, sikit lagi nak delete blog ni sebab terasa malas nek menjaganya. Story ader banyak, tapi masa tak mengizinkan...

But yesterday got a new spirit, i'll try to update my story as frequent as i can..

Wait for me ok....

Lesen 4 rodanya


Alhamdulillah....

Beres dah lesan yang satu nih. Bertangguh dekat 2 tahun. Tak der masa la, penat la, macam alasan... Yang bestnya amik sekali jer.

Time amik exam tu, tengok org lain kat "bukit", dari 30 orang, rasenya ader la dekat 10 orang yang lulus. Tempat tu memang keras la... Ader yang tekan minyak sampai berasap belakang, cam orang sembur nyamuk jer...

Amik kat Sri Muda, yang geli hati tu, baru amik keter dah kene marah, pi amik salah kereta. Instructor tu yang mangkuk, tak reti kira rasanya. Dah tu part jalanraya lagi best. Biasa jalan JPJ jauh skit, ader 4 bulatan, ni dia suh ikut jalan lain, giler senang. Terima kasih la kak JPJ.

Besyukur sangat2 sebab malam sebelom ni doa banyak2 minta hilangkan rase gemuruh ngan mintak2 la tak panas, biar mendung. Tapi tak nak la ujan.. Makbul gak... Alhamdulillah...

Terima kasih buat kawan2 yang bagi pesanan hari sebelom exam tu. Buat mak terima kasih sebab kol masa exam, betul2 baru lepas ujian dalam litar. Buat kekasih tunang, terima kasih sebab menjanjikan sesuatu kaau lepas dengan sekali test. Terlanjur perahu, boleh di undur, terlanjur kata.......i want that PS3....ahahahahhaa.....

Skang masa untuk mencari motokar, berapa ringgit ek Proton Saga skang?????

Today was suck......

Hari ni tak der mood buat keje..


Totally tak der mood + stress...
Bgtau kawan awak tu, ingat saya kuli batak ker????????? - Her
Can you imagine yur superior say that to you...???

Yang "tu" minta, yang "nih" tak bagi...

Then i'm the person in the middle...

I swear, after this i'll not involve in any deal "here"....

Oh God, give strength for today...

[insert suitable word] OFF!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Survey kain kusyen mak...

Salam...

Post ini khas dedicate buat emak kat Penang.

Kedainya tingkat atas kat Plaza Alam Shah (PAS)

Harga seperti dalam gambar tuh...

Nanti mak pilih number, pastu bgtau along...Besok along pi tengok lagi. Bgtau skali nak berapa meter...

Tawar2 nanti along suruh bakal menantu mak buat... Along tak reti...

Click kat gambar tu kalau nak besarkan dia..

Ni harga2 dia... Satu tu kanvas, satu tu pure cotton..


Klu nak tanya mak call yahoo along...

Kembali Bekerja

Salam

Salam....Aduh, lepas cuti yang panjang (5 hari), terasa asing plak masuk opis... Betul ker aku kerja kat sini nih..?? Apesal lengang semacam?? Gila sunyi, cuma bunyi mesin dalam bilik AHU tuh ngan kicauan burung sikit2... Tapi terasa aman sangat......

Staff kat BPBPT nih, Siti (jurutaip) ngan Yani (pembantu) jer mai... Yang lain cuti sampai minggu depan. Kat bahagian PAP, kosong teros, tinggal troli jer...Ader bahagian siap tutup pintu teros, kunci lagi... Raya sakan nih, yer la setahun sekali kan....


Pegawai tok sah citer la... Klu dah letak tag hijau atas meja tu kat "CUTI", sampai minggu depan la nih. Tak per, tahun depan aku punya turn plak... Semoga kalian selamat perjalanan, tuh naik cuti kasik bersih2 skit jari, janagn sampai dok melekat ketupat kat jari, nanti nak "thumb in" tak lepas... Wahahahah....


Lagi foto sadis.... Motor aku sorang jer tuh, klu tak siap berlaga2 antara motor tuh.. Ini bukan main2 tau, ini betul2....

Anyway, Izura mengucapkan selamat menyambut hari raya (raya sebulan kan...) dan berhati2 lah di jalan raya. Semoga ziarah kita ke rumah sanak-saudara mendapat rahmat dari Allah... Amin....