A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Showing posts with label Technology. Show all posts
Showing posts with label Technology. Show all posts

Spam kat Facebook


Terkena....

Haram sungguh... Dah tu, berderet kuar kat profile.. Tipsnya toksah la tekan link tu.. Tapi klu dah tertekan, tunggu ajer la member2 replied "amender ni Wan", "aper yang ko bagi nih", "hahah, komputer ko ne virus ek"..

The using javascript i think, once you click the link, it will send same message to all yur FB friends. Can't hide / delete the message. Luckily "they" clean it up.

Balik keje tengok dah clear..Kesimpulannya, jangan main FB time opis hour, jangan tekan link sesuka hati kat FB tu.

p/s: time biler plak aku pakai ai-pon????

1Malaysia.com

Dulu heboh pasal Facebook nak tutup. Tapi tak jadi gak. Tak mungkin diorg tetiba jer nak tutup. Then sebelom tu lagi got people from Arabic country (tak ingat mana) claim yang diorg akan buat satu site sebijik macam Facebook nih. Nih skang tup tup local people develop satu laman web social nih.

Function sumer hampir sama ngan Facebook, nice work. Tapi nama tu cam tak kene la. More to "connecting Malaysia to Malaysia". Anyway tak juga nak bash sana sini. Good job and keep it work...

p/s: Aper dah jadi ngan Friendster.com

Proton Emas

Damn nice....


Giler admired la design dia. At last, got something huge and futuristic from them. 2012 huh production, agak2 biler leh dok atas jalan kat Malaysia nih...???

Cadang baru nak amik Saga. Klu 6 tahun, abih bayar 2016. Hish, takkan tak abih bayar lagi nak tukar keter. Tak per, asal dapat tengok org lain pakai kat atas jalan pun jadi la.. Tumpang bangga jadi anak Malaysia.

Di harap dengan model yang baru nih, tertutup la sikit2 mulut orang yang tak abis kondem proton. Lu ader duit lebih, pi amik amik keter import sana...Dok bising aper...

“I’ve told the Proton people that I’d like to see the car out in a year, but they tell me they need more time,” Dr Mahathir said. - Sos

CheDet pun excited nampak....Really proud of Proton....


Tu yang sampai wallpaper pun kasi tukar ini kereta... Korang amik la kat NetcarShow.com. Macam2 resolution + angle ader

Btw, usha lebih kat Paultan.com ok...

P1Wimax vs Streamyx

Salam semua, banyak org tanya kan mana yang bagus antara Wimax ngan streamyx..harga dekat sama plak tuh..cuma ader feature2 yang satu sama lain tak der..

Saya berpeluang untuk try 2 kemudahan internet ni iaitu Streamyx dan P1Wimax..

This is my result base on Georgetown, Penang, area Jalan P. Ramlee...

Dalam perbandingan ini saya menggunakan P1Wimax Home Plus dan Streamys Home Basic pada pukul 8.00 p.m. - 9.00 p.m.

  • Speed Upload / Download (Pakej) - 1.2Mbps/500Kbps || 1.0Mbps/348Kbps
  • Speed Upload / Download (Real) - 1.25Mbps/- || 1.33Mbps/-
  • Monthly Paid - RM99 (+RM20 for modem) || RM99 (modem free)
  • Quota penggunaan - 20GB (after that, still can use but slow 40%) || Unlimited

Network Result:

Streamyx || P1Wimax

Streamyx || P1Wimax


Streamyx || P1Wimax

Wimax boleh bawa modem tu pi mana2, as long ader coverage, kita boleh online. Streamys tak dapat beb...

Klu ader masa saya akan buat beberapa percubaan lagi, klu sempat la... Streamyx still tebaik, at the same time quality dia agak buruk gak, since there is only one wired broadband, so tak leh nak compare sangat..

Waktu malam, P1Wimax ni slow sangat2 la. Ape kes....


Anyway result ni agak subjective, ikut kawasan, cuaca dan coverage dan sebagainya.. This is my result...

Facebook Client - Fishbowl

Latest news from Metro, there are about 3 million people accessing Facebook from Malaysia.. That's great, look like this social network pawn their rival such as Friendster, Myspace and others..

Well that great news continue with the new client-base application using Fishbowl

Saya baru jer install and play around with it...Nice UI, but quit slow to load...


User must download first the tool (same like YM)...Then, dia akan tanya permission dan kemudian Login


In term of tool, semua basic tools ader.


Gambar, video dan link semua disusun kemas..UI untuk upload photo pun kemas.


Untuk pengguna Windows 7, terdapat minimode untuk kemudahan akses page tersebut. Maybe, next time boleh bust side gadget untuk application ini...


Full page preview...

More info....The Windows Blog , Neowin.net, Homepage + Download

The best part......UiTM was not blocking it and you can surf it as you like, as long as know yur job

Selamat mencuba...

my Flink

Actually, here are some of my favorite links (myFlink)...

Merangkumi account that use to pay bills, check bills, and some of my social network...

People out there also can bookmark this thread..


Job Vacancy
Index.my || Jobs Index || myGovernment

E-mail
Hotmail || Yahoo || Gmail || UiTM

Bills

Celcom || Maxis || PTPTN || Tenaga Nasional Berhad (TNB) || Syabas || Petronas Mesra Card

Online Banking
Maybank || CIMB

Social Network
Facebook || Friendster || Facebook Lite

Buy / Sell
Mudah.com || Lelong.com

Cars
Paultan || Kereta Info

Download Link
-reserved-

Hacking Tools
-reserved-


p/s : This post was under construction...

Microsoft Security Essentials

Salam semua...

Ni nak citer pendek jer. Microsoft akan mengeluarkan product terbarunya. Basically is merupakan perisian antivirus.

Microsoft Security Essentials atau telah diberi nama sebagai Morro pada 16 June 2009.

Perisian ini akan available untuk trial dalam bulan September.



Berikut merupakan beberapa screenshot yang aku tangkap dari maschine aku kat rumah tu..
Screenshot

Manakala sumber maklumat primer boleh didapati di sini.
Microsoft Security Essentials

Microsoft Office 2010 - Office 14

Woho0...Opis datang lagi dengan keluaran baru. Sengal la, convert la iWork kat Mac tu pi Windows base.

Tak banyak pembaharuan, just dari segi warna dan sedikit kat user interface. Paling menarik, loading sangat2 cepat. Terbaik tu...

Senarai application dalam Microsoft Office Plus 2010 edition ini adalah

1. Access 2010,
2. Excel 2010,
3. InfoPath 2010,
4. OneNote 2010,
5. Outlook 2010,
6. PowerPoint 2010,
7. Publisher 2010, and
8. Word 2010.
9. Project Professional 2010,
10. SharePoint Designer 2010 and
11. Visio Professional 2010




My 1st preview kepada software ni ader kat sini

Oh, btw, nih Movie Office 2010.....

Proton Exora


At last, our new new mpv prtoton got their name..... Exora.....

Proton Exora

Nice, until now there are no official picture for the mpv. But there are some leaked photoshot from paultan.org

The name was taken from the ixora flower...



The tagline for the mpv is "Keriangan Keluarga".

Our grand prize winner is Norsholihan Bt Abdul Eanich, who will get to drive the 7-seater vehicle she named once it is launched in April.




The price will be under RM80k and can start book this Saturday (21st Feb) with RM1k fee.

There are 5 color offered Genetic Silver, Tranquility Black, Blue Haze, Pyrite Brown and Gaia Blue

-Well Done Proton-


Nak download lagu....

Assalammualaikum...

Kita citer straight to the point ok. Ramai sangat yang bertanya... "Cemana nak download lagu kat internet huh??" Banyak sangat caranya... Ni di antara cara2 aku... Ader yang mudah dan ader yang susah. It depen
d pada pengetahuan korang pada alam internet atau web..


1st Method

Tools:
P2P Application
Aper tu p2p?? Pendek kata p2p tu sharing antara compute
r2 seluruh dunia melalui internet connection. Caranya, dapatkan salah satu p2p application yang ader kat web.
Antaranya:



Kesesuaian:
Internet kat rumah / small office

Kenapa kat umah jer?? Sebab companay korang biasanya mesti dia block port p2p tu. Kenapa?? Sebab bila korang guna benda ni, korang akan guna bandwith (capaian internet) tu lebih dan akan efek org lain. Tu yang kadang2 member mengeluh internet slow.


Limitation:
Download korang bergantung kepada user lain yang share lagu tu. Klu dia offkan pc, download korang akan slow atau lost teros. Sok leh sambung lagi...


2nd Method

Tools:
Free web hosting (Internet connection jer..)
Cemaner plak tu?? Ok ader certain web memang menyediakan perkhidmatan download internet nih. Yang dimaksudkan disini adalah yang free punya. Pengguna just perlu d
aftar jer. Bukan aper, utk keep track berapa ramai yang daftar kat web diorg. Bila ramai, boleh la diorg sebarkan iklan2 tu. Antara web yang sediakan benda nih
Jiwang.org || Syok.org
|| 4Shared

Kesesuaian:
Yang jenis nih, asal ader internet connection jer dah boleh wat.

Limitation:
Memandangkan ia free, jadi ader la limitation dia. Salah satunya korang leh download satu jer file dalam satu masa. Kene daftar dlu baru leh donwload lagu. Pilihan lagu agak limited. Erm...wat ma
sa nih, tu yang paling jelas la...

3rd Method

Tools:
General web search (Internet conn. jer..)
Yang ni paling aku suka. Manusia kat Malaysia ni especially suka share info. So, ader la hamba Allah ni yang suka upload lagu2 baru. Mungkin sebab nak menonjol, atau sekadar suka2, atau kaki jahamankan industri muzik, atau sekadar luahan perasaan dan minat kepada org lain. Tak kesah la s
umer tu. Diorg ni akan upload lagu2 baru nih. So kita leh la download.

Kesesuaian:
Asal ader internet connection dah boleh jalan...

Caranya:
Buka la mana2 web search macam Google.com / Yahoo.com / Msn.com / dll. Taip jer lagu yang korang nak tu. Dia akan search sumer web yang ader kene mengena ngan keyword korg tu. Pastu korang try buka satu2. Dalam tu mesti ader link "Download", biasa kat bawah sekali. Klu tak der try buka yang lain pulak ok..

Limitation:
Biasala, benda free mana leh tahan lama. Kadang link tu dah tak aktif, atau user tu dah remove file dia atau kadang dia link balik ker file melalui method 2 atas tu..


Antara blog upload lagu...

4th Method


Tools:
Google string (Advance user)
Yang ni agak advance skit. Tapi korang leh cuba. Caranya gunakan google string (coding). Google jer leh wat nih. Dia nih macam korg guba boolean search tu. Tapi skit advanced.

Caranya: Buka Google.com, guna string nih (copy paste pun boleh)
intitle:index.of +”last modified” +”parent directory” +(mp3|wma|ogg) +"Siti Nurhaliza" -htm -html -php -asp. Krang ubah la tajuk lagu tu ikut suka. Nak masukkan nama artis pun boleh. Ko korang akan dapat index web. Actually tu sumer file lagu dalam server tu. Kira kita download secara direct la nih. Tapi make sure dah dapat lagu tu tengok plak size dia. Standard klu mp3 dalam 4MB-6MB(4000KB-6000KB). Tekan kat link tu, nanti dia auto download.

Limitation:
Cara ni umpana korang amik kat server org lain, so depend pd org tu. Klu dia ader simpan lagu2 baru nih, boleh la korang download. Biasanya tak update sangat..


Senarai lagu..

Anyway, tu antara cara nak download lagu kat net ok.. Pesanan kepada yang berkerjaya, "Integriti" itu penting.. Heheheheh...


Bayar Ptptn Online

Assalammualaikum...


Sehat? Alhamdulillah...
Keje ok? Gaji?...
Yang dah berumahtangga plak... Anak2 sehat? Bini sejahtera?
Di harap semuanya sehat2 belaka dan ceria2 selalu hendaknya...
Ni keje elok, gaji besar, kete plak baru tukar....agak2 dah mula bayar pinjaman dlu....
Eleh wat2 terlupa plak... Pinjaman mana lagi.. pinjaman pendidikan dlu tu la atau lebih masyhur dan tersohor dengan panggilan PTPTN, Hehehe (MARA ngan JPA pun tak terlepas yer..)

Bayar la pelan2. Tukan duit org. Kita pinjam jer. Ni bila kita dah bergaji bayar la skit2. 1 bulan campak RM100 pun jadi la... Kesian anak2 org lain nak belajar. Diorg pun nak pakai duit cam kita dlu.. Nak beli makanan, beli henset, beli baju, beli motor, belanja awek la atau sebaliknya.. hehehehe... macam kita dlu2 tu la... Hah.. tau tersenyum..

Boleh bayar kat mesin atm, tolak gaji, siap online lagi. Aper lagi alasan nak bagi.. Mungkin some people kat luar tu nak bayar (kita pikir yg baik la ni), tapi tak tau cam mana nakbayar online atau kat mana.. Pihak bertanggungjawab pun senyap jer, buat la iklan kat tv ker, surat khabar ker..

Anyway ni antara cara2 pembayaran secara online...


Layari web ini: PTPTN
Korang kene dapatkan no pin. Caranya:
  1. e-mail nama dan No. KP ke penyata@ptptn.gov.my atau
  2. Sila taip PTPTN NOPIN[JARAK]NOKP dan hantar ke 33199 (5 kupang)
No pin nih tak boleh di ubah la. Kene ingat sendri.. Catitla kat mana2. Klu pki pc sendri nanti internet browser akan tanya nak save tak password tu. Save aje la....

Dalam ni dibahagi pinjaman kita semua ikut tempoh. Macam kat sini ader 2 pinjaman iaitu masa diploma (pinjaman1) ngan degree (pinjaman2).
Untuk buat pembayaran tandakan korang nak bayar utk pinjaman yang mana. Nak 2 sekali pun tak der masalah. Lagi bagus. Ok tekan button Bayar tu..
Nanti korang leh tengok rekod kat Bayaran Balik Pinjaman Melalui FPX. Contoh kat sini, dia baru bayar RM100 utk tahun 2009 nih..

Eh, tahun lepas dah bayar. Naper tak der rekod? Bukan macam tu. Ini rekod ikut tahun. Yang ko bayar tu tahun lepas. Korang leh tekan button Lihat Terperinci tu.

Ni adalah penyata kira bagi tahun terkini dan sebelomnya.. 
Kat sinilah korang nak tengok rekod pembayaran korang yang lepas2...








        
Ok. Take note. Bila korang proceed utk membuat pembayaran. Popup akan keluar. By default. Biasanya browser tu akan block. Klu bukan browser pun, software atau plugin2 yang korang install tu. Yang pasti korang akan persan ader kuar message cakap ader popup nakkuar. Korang kene allow tu. Aku tak nak terangkan sangat sebab benda ni depend pada perisian yg korang install. Banyak pilihan bank disediakan. Takkan la tak der satu punkan bank korang.. 
Yang seterusnya tak dapat aku nak tunjuk sebab melibatkan transaksi bank dan data personal. Tapi klu ader request nanti aku tunjukkan..


Disable kan popup (alah benda iklan2 yang kuar2 tu..). Sebenarnya salah tu ayat tu. Bukan disablekan tapi bagi exception popup. Memang sumer popup kita tak nak. Tapi ader certain yang kita nak. So kita bagi kebenaran kat web tu sahaja. Kat sini ptptn tu ader bagi panduan. Korang bacalah. Malas lak aku. Yang pasti check kat bar atas tu, tengok, setiap bar ader..

Jadi jalan dah ader, tinggal kaki jer nak melangkah. Korang pahamkan maksud aku... Hutang ngan Allah leh minta maaf / taubat nasuhah. Hutang ngan manusia sampai mati dituntut. Sebab tu bila org mati. Si waris akan announce saper2 yang ader hutang ngan si mati atau sebaliknya, leh la contact keluarga si waris...

Renung2kan dan selamat beramal...

Panduan Beli Laptop

Ramai sangat org tanya nak beli laptop jenama aper, apa laptop yang bagus dan sebagainya...
Actually semua laptop ader kelebihan masing2, sebagai contoh Acer murah, bundle, dan service center bersepah2. Dell plak sumer software yang dia bagi adalah full version, tak der trial.. Kan, macam2 fe'el setiap brand nih...

Ni cadangan kepada meraka yang nak beli laptop, jangan pandang brand dlu. Tengok berapa budget. Nak sedap baget la atas RM2500 atau paling kurang pun RM2000.

RM2500 - RM3000
Untuk mereka yang baget dalam 2.5K-3K, pastikan laptop yang nak di beli tu ader spec nih:
  1. 250GB HDD (hard disk, lagi banyak lagi bagus)
  2. 2GB DDR (RAM, cuba minta 3GB)
  3. processor (yang ni agak payah sebab banyak sangat jenis seeloknya amik antara Core 2 Duo atau Centrino 2) JANGAN tertipu ngan DUAL CORE
  4. 3 USB port
  5. bluetooth
  6. card reader
  7. web cam
ok, itu yang penting... Korang kene balancekan sumer tu. Macam nih, kadang RAM dia bagi 3GB, tapi hard disk plak 200GB. Tu sumer mainan penjual...

CD Windows Original / Driver
Ni satu lagi citer, mana CD utk windows yang ori tu?? Ok, kebanyakkan brand takkan bagi korang CD tu, diorg dah simpan dalam laptop tu.... Better tanya diorg klu nak format laptop cam ner.. Ini antara model yang aku tau:
  1. Acer - lepas beli teros wat backup CD
  2. HP - pun sama, dan di simpan dalam laptop tu gak
  3. Asus - ader dalam laptop tu, tekan recovery button jer masa start tu...
Aku rekemenkan amik la Windows Original sebab bila korang beli bundle, harga pun murah. Pastu korang dah tak yah pikiq2 nak format la, cari software la. Ok. Pastu minta CD Driver laptop tu. Klu tak dapat tanya dia kat mana nak dapatkan. Biasa diorg akan cakap amik kat internet atau dah reload dalam laptop tu. Cam Acer, korang pi jer service center nanti diorg burnkan satu. Tak tau la skang diorg wat lagi tak..

Free gift
Minta sebanyak yang boleh. Antara yang korang leh minta tapi tak confirm dapat adalah:
  1. pendrive
  2. mouse & mouse pad
  3. cooler
  4. bagpack
  5. kain pembersih screen
  6. upgrade RAM
  7. headphone + mic
  8. USB hub (yg usb banyak2 tuh..)
  9. printer
Warranty
Tanya kedai tu, klu rosak service centre dia kat mana?? Ini penting..

Lagi satu, jangan tertipu sangat pasal extended waranty nih. ader ker patut nak tambah 2 tahun tambag lagi RM200++. Klu korang jaga elok2, tak der rosak punya. Korang ingat hantar sercive centre tu satu hari ker leh siap. Makan berminggu tu. Bukan laptop korang jer yang rosak kan.. Ramai lagi tengah dok beratur...

Gadget lain
Ok ader brand dia bagi gadget / software yang tak der kat tempat lain. Contoh remote control utk media. HP jer yang ader tu. Thumb print, IBM jer yang ader tu.. (utk budget yang sama tau nih..). Yang ni tak der la korang kene dapatkan. Cuma added value la kat laptop yang korang beli tu..

Battery
Di rekemenkan, pas beli laptop cas selama 8 jam. Biasanya laptop korang akan bertahan more than 2 hour. Klu tak dapat, sila tanya balik service center. Ingat, bukan tanya tempat korang beli tu (sebab dirg ni tukang jual jer). Tanya service center. Biasa ader talian bebas toll yang 1800 tu..

Kedai laptop
Klu kat area KL nih, tak dapat di sangkal lagi la kat Low Yat tu. Kat Digital Mall pun leh.. Selain tu tunggu PC fair, tu lagi baik...

klu ikut pengalaman aku selama 5 tahun nih, memang tak leh nak cakap mana yang bagus. Dia tengok time korang beli tu, servey btul2. Ader yang design lawo cam Sony Vaio tapi mencanak harga dia. Ader yang murah gila tapi performance cukup makan plak... 

Korang pegi pagi, kutip sumer phamplet2 kedai tu. Pastu dok kat man2 warong ker. Pikiaq btul2 mana yang korang nak. Biasa yang girl ni la banyak tertipu. Asal kaler pink skit nak amik teros. Tengok btul2 spec dia. Bawa org yang tau.... Ok...

Nanti aku update lagi posting nih, sebab waktu rehat dah abih. Ni pun atas permintaan member pasal dia nak beli laptop esok... ok...