Aduhai......org lain menang motor, aku jatuh motor plak...Tanggal 18 MArch 2009 ni antara tarikh yang mungkin tak akan dilupakan.. Ni lah kali pertama aku jatuh motor... Rilek2... tak terok pun.. luka2 and bengkak2 skit. Itu tandanya seorang rider.. hahahah....
Sebab kejatuhan adalah kerana ujan, jalan licin. Memang tak leh wat aper. Motor tu dah dah terpusing. Aku tak salahkan jalan atau ujan atau tayar. Tapi diri sendri. Sebab mungkin aku terlaju.
Aku nak nasihatkan kat sumer rider kat luar tu. TAk kesah la korang pakai tayar TT900 ker, dunlop ker Duro ker, tu sumer bukan jaminan korang leh bawa time ujan. Caya lah, klu kedai tu cakap tayar tu leh bawa time ujan, korang tampor dia 8 kali. Tayar2 tu semua actually membantu bila korang amik lap atau highway, tu pun time jalan kering. Ingat tu..
Lagi satu bila korang terlibat ngan accident cam nih, bila korang bangun, JANGAN LUPA, enjin motor belom mati dan kemungkinan dalam gear lagi. So klu korang yang tengah ting tong terpulas minyak, jawabnya melambung la motor tu. Ok... bila jatuh, cuba cari arah yang kurang bahaya, aku tau tak masuk akal sebab tengah jatuh, tapi korang sempat scan kedudukan korang samada kat tengah jalan ker, tepi ker, blakang lori ker, sumer2 tu la.. Supaya, peluang cedera parah tu kurang..
Dalam kes aku nih, motor calar skit, org pun sama. Kaki bengkak skit. Handle motor lari skit. Hantar kedai, tayar, stabilizer, compress fork ngan tukar minyak fork. Sumer makan dalam RM280. Terpaksalah berpuasa utk bulan depan...




























