A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

31 Ogos 2010

Merdeka..!!!! Merdeka..!!! Merdeka..!!!

Alhamdulillah, kita menyambut kemerdekaan yang ke-53. Semoga Allah kekalkan rezeki serta keharmonian kat Malaysia nih. Semoga Allah menjahanamkan penjenayah2 jugak...

Post kali ni bukan nak citer pasal merdeka, dah banyak blog2 lain dok bercerita. Esok sure org akan tanya buat aper semalam ko (31 Ogos) ?? Well, this is what i do...

Main hujan + Basuh kereta

Bila kali terakhir korang main ujan?? Best wooo... Korang bagi ujan tu turun dalam 10 minit, then baru korang pi main, sebab biasa yang awal2 tu turun ngan toxic2 dari udara, yang dari bumbung plak turun ngan taik2 burung tu. Tapi kalau badan tak kuat, tok sah lah mandi..

Actually bukan la nak main ujan sangat, alang ujan elok gak pi bersihkan longkang tepi bilik ngan lap lumpur kat kereta tu. Tak membazir air. Enjoy.....


That night, i'm not feeling well la....uhuk..uhuk.....

Pecah tabung 2009

Ni kira aktiviti time tak der keje kat opis... Bukan lah tak der keje, ader.... cuma tak der feel la nak buat...

Nak katalog buku, order tak sampai lagi.... Pusing2 sekali ternampak tabung unta kat blakang tuh. Tu semua simpanan sepanjang 2009, tak banyak pun sebab biasanya bawa balik umah. Kat umah pun ader satu lagi tu.. Itu lagi banyak... Tapi korang punya lagi banyak kot...

So bermula la aktiviti teka meneka, di sertai member pustakawan kat opis... Letak la berapa anggaran korang. Korang bleh tengok dlu duit tu dilonggok. Survey yang dikumpul adalah berikut:
  • Aku - RM13
  • k. Mimi - RM20
  • k. Diana - RM25
  • Lin - RM15
  • k. Yati - RM23
  • Zue - RM20
Resultnya..............RM25.05 >>>>>>>>>>>>> Kak Diana paling tepat... tahniah... hadiah tunggu bonus ujung tahun...huhhuh...

Maintain blog opis plak

Huis...


Tak larat weh... Ni dah kene jaga blog kat opis plak... Nak kene update selalu, nak jaga bahasa, gambar ngan isi kandungan...

Bukan reti sangat blog2 nih, stakat nulis ok lah, nak edit2 coding tu makin hancus ader la...

Anyway, klu korang ader masa pi la blog BPBPT tuh...

Kebanyakkan story pasal opis, bahagian katalog perpustakaan... Kompem korang tak minat punya lah...

1st time bayar Zakat

Salam semua, awat?? Bukan zakat fitrah bulan pose tu... ni zakat2 yang lain tuh...

> Zakat Pendapatan
> Zakat Perniagaan
> Zakat Binatang Ternakan
> Zakat Pertanian
> Zakat Wang Simpanan
> Zakat Emas dan Perak
> Zakat Saham

Tapi nak highlight untuk Zakat Pendapatan ngan Zakat Simpanan tuh.. Korang dah bayar?? Oh, tolak bulan2 dari gaji ek??? Bagus... Tapi betul ker kiraannya tuh...??

This is what i get them them (staf PZS), memang boleh buat tolakan gaji, tapi itu tak masuk wang kepada ibu bapa dan bonus. Dan ia diambil berdasarkan kiraan gaji pokok kita. Pendek kata akhir tahun still kita kene semak balik ngan PZ. But at least korang just bayar baki jer, bukan lump-sum. Yer lah, dah akhir2 tahun nih, kadang kita nak pakai duit, tu biler bayar lump-sum memang terasa beb....

Lagi satu nak pesan, biler gaji naik, jumlah zakat tu pun kene berubah mengikut range gaji dia, takkan keje dekat 5 tahun, tapi kiraan zakat ikut org yang baru masuk keje. Betul tak, kiranya, korang bayar zakat, tapi tak cukup jumlah. Hukumnya jatuh macam mana tu ek???? Bayar memang bayar, tapi tak cukup...

Satu lagi korang ader simpanan?? Mesti ader punyakan, klu cukup haulnya, kene zakat gak tuh. Ni yang saya "terkena" nih. Dlu tak amik port sangat. Tak per, ader sebab tu tuhan suh bayar zakat.. Moga2 duit kita tu bersih dan berkat amin....

Kirala korang punya zakat kat sini...Zakat Pendapatan. Untuk perbelanjaan diri, isteri dan anak, korang tak payah tokok tambah sendiri. Jumlah dalam kurungan tuh adalah jumlah yang diambil berdasarkan kajian diorg. So lagi ramai isteri ngan anak, lagi kurang la korang punya zakat. Heheheh.....cantek bukan....

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)

Bebek Octopus CIMB

Wooohoooo....

Pagi2 dah dapat suprise...

Bebek octopus dari CIMB, hadiah sebab point cukup kot...

Memang biasa transaction di buat meggunakan CIMB. Dlu biasa guna Maybank, tapi skang tak sebab akit masa dlu problem nak receice tag num., so skang guna MAybank untuk debit card jer..

Thanks CIMB...

Nih ader collection limited dari CIMB, order dari CIMBClick....klu berkenan...silakan...


Kursus Intensif Haji



Alhamdulillah, baru jer tamat kursus Intensif Haji anjuran PTAR kerjasama ngan Lembaga Tabung Haji...

Banyak syok oooo.......

Ceramah disampaikan oleh (aduh, tak ingat pulak namanya..) .Walaupun agak express, tapi ok lah buat info. kepada kita yang langsung tak tau pasal haji nih...

Buat abah, terima kasih sebab bagi pinjam kain ihram tu... Tapi bulu2 dia melekat pada baju seluar la...


Sessi ceramah bawah langit - model kaabah - Nescafe (ganti air zamzam)



Latihan tawaf, niat, melambai dan sebagainya..


Latihan melontar serta lari2 anak dari Safa ker Marwah.


Sessi penyampaian cenderahati kepada penceramah.

Transformasi Izura Garden

Blog Izura akan menjalani transformasi keseluruhannya bemula 17hb Oktober bersamaan hari Sabtu. Oleh itu, para pengunjung blog ini akan mendapati image atau susunan ayat menjadi tidak teratur. Transformasi ini dilakukan selepas saya berjaya mempelajari ilmu2 berkaitan blog seperti, penggunaan widget, template, susunan ayat, penggunaan warna serta pengeditan gambar...

Perubahan akan dilakukan mengikut fasa berikut:

  1. Perubahan layout + background
  2. Penggunaan warna
  3. Link
  4. Susunan widget kanan / bawah
  5. Penggunaan banner (yg sama) pada setiap image
  6. Susunan isi kandungan blog (post)
  7. Banner customize Izura-Garden
Saya menjangkakan proses tranformasi ini mengambil masa selama seminggu kerana, saya menggunakan kaedah 'try and error'. I'm still learning regarding blogging world.

Kalau kawan2 lain mempunyai cadangan untuk blog ini, sila tinggalkan comment anda..

Sekian...

Daftar Haji

Cam gempak jer kan bunyinya...

Actually daftar jer, kebetulan kat opis nih diorg ader buat tour. Siap ngan macam2 aktiviti. Sumernya pasal tabung haji lah...

Tambang pun dah naik, klu tak silap ana, latest tambang baru adalah sebanyak RM9980.

Tok sah dok berkira sangat la pasal tambang tuh. Perginya sekali hayat sekali, klu panjang umur + cukup syarat, boleh la pergi lagi. Tapi yang pertama pergi tu yang dikira, selepas2 tu di kira melawat klu tak silap (minta tolong betulkan klu salah). Ala..., Proton Saga boleh beli, motor boleh beli, LCD boleh beli, takkan nak ngadap Kaabah tak leh pi kan....


Better saper yang dah ader sekarang tabung ni, cukupkan RM1300, lepas tu dah boleh daftar pergi haji. Korang tau tak, tempoh giliran tu cecah 15 tahun tau. Elok pergi time sihat2, klu dah tua, susah la sikit... Daftar jer, klu dah sampai masa tapi tak sedia lagi, takpe, boleh minta tangguh... Ana pun dapat pi time 2027, time tu umur dah 40 lebih... Moga Alllah panjangkan umur ana dan kesihatan yang baik...amin..

Kampungku Banjir

Salam Syawal.....

Perjalanan Izura ke kampung (Penang) kali nih di sambut dengan trajedi.....BANJIR.... Tinggi gak sampai kene naik bot. Kawasan umah Izura tu jadi cam pulau. Umah tak naik air tapi keliling tu terputus teros... dah la dok kat Pulau kawasan umah pun jadi pulau gak...Air ni naik cepat, izura sampai area kul 12.30, kul 10 dia baru start naik...


Ni pemandangan pertama izura sampai kat Georgetown > Jalan P. Ramlee. Kereta ngan motor sumer kelam kabut patah balik. So, Izura jalan kaki ke depan tu skit..

Sampai depan, tu dia....Air tak tinggi sangat, mula2 paras peha, naik ke lutut, terus sampai ke kelengkang...Tu petugas Jabatan Pertahanan Awam tengah susun orang2 yang nak melintas masuk termasuk la izura...


Mula2 pakai baju keselamatan tu dlu. Keselamatan first.. Nampak cantek, padahal basah lokos, geli seh nak pakai...



Tu antara pandangan rumah2 yang tenggelam air...Tinggi tuh, paras dada nak ke leher..

Yang naik bot tu sekali ngan wartawan, Bernama klu tak silap. Susah gak wei, jadi wartawan nih. Masa lalu kat tepi2 umah tu, ader yang sound "Wei, itu reporter tu makan angin ka??" Siap bakar2 mercun cam haram, pokcik kopiah dalam bot tu sound.."Tu minta hujan turun lagi kot.." Izura aminkan jer..(padahal izura gak nanti susah)


Klu air dah naik, air dalam singki ngan bilik air tersekat lah....

Syukur Izura dapat sampai ke rumah dengan selamat dan basah....Jadi paham2 jer la klu Izura tak jemput kengkawan mai umah... heheheheheh....

Revenge for the Gakgak....

Haram sungguh la, ni dah start musim mengawan dia nih. Kat area seksyen 7 lama, tepi UniSel tu tempat sarang dia la tu. Banyak plak tu, siap bawa kaum dia...


Jaga2 saper yang lalu bawah pokok, walaupun korang tak kacau dia, dia mesti serang korang punya. Sebab dia rase terancam bila korang dekat ngan sarang dia...

Jadi bagi memenuhi aktiviti Ahad pagi, kitorang cari pasal ngan gagak nih. Idea Usop la nih, heran aku, dia asyik serang Usop jer, dari hari tuh.. Tapi dia serang betul wo... Aku tengok live dia attact mat Indon depan Unisel tu, dia terbang dari belakang rendah, pastu cakar telinga mamat tu. Shiot betul....

Jolok Sop, ingat nak bakar jer, tapi jauh sangat la plak. MBSA plak cuti. Hari Ahadkan... Burung nih masa dia nak besarkan anak dia lagi ganas, menurut Usop kita nih...


Misi ini sukses setelah hampir 45 minit berlalu. Sarang diorg hancur dan telor jatuh menyembah bumi. Huh.., puas hati ko Sop...

Design Logo Blog DuniaMoto

Harlu....

Erm, memandangkan saudara Maos sudi menyediakan hadiah, jadi saya pun terpanggil la nak join wat design logo blog dunia moto nih. Nk kater reti memang tak reti langsung la. Tapi nak try gak, mana tau kot2 di terima. RM100 masuk poket. Saya pun tengah kumpul duit nih nak beli pc baru...

Korang leh usha kat Blog DuniaMoto nih kat artikel "Bina Logo dan Tagline DuniaMoto". Moderator blog nih adalah saudara Wira.

Memandangkan Sabtu / Ahad nih free, so leh la try design pelan2. Tarikh tutup 23 Mac 2009. Saper2 yang dah siap design tu leh la email ke duniamoto@gmail.com

Dah, jom mendesign...

Result SPM dah kuar


Wah... hari ni result SPM kuar yer... Aper cer korang punya result..

Afiq dapat berapa Fiq (adik aku)???? Asal sumer lulus sudah la, tak dapat hadiah yang along janji tu aper ader hal. Kumpul sendri jerk....

Anyway, tahniah sebab dah wat yang terbaik (btul ker yang terbaik). Tak semestinya org yang SPM nyer cemerlang hidupnya senang. Actually dia lagi tekanan, sebab org dah tau dia pandai, so akan datang klu dia wat slack, parah la dia... Tak ker tekanan tu...

Tak yah tengok jauh2, along sendri dlu pekser sentiasa top 10 dari bawah. Tapi bila dah masuk U, boleh jer ubah. Terrer komputer, keje gomen, kumpul duit banyak2. Tu sumer boleh ubah... Pada along, pegang benda nih btul2:
  1. JANGAN MEROKOK
  2. PILIH KAWAN BTUL2
Kita tengok lagi contoh si genius matematik tu. Yang dak pompuan tu, last2 jadi pelakon lucah. Per kejadahnya... Hidup ni bukan ditentukan kertas sekeping tu. Macam-macam leh jadi, klu minat kat satu tu, tumpu yang tu jer, jadi pakar, bru org tengok... Biasa org akan cakap cam ni.. "bukan ker dia ni dlu dak sengal tu, awat dia leh dapat keje kat situ???". Lebih kurang cam tu la..

Btw, apply UiTM, pilih la kos yang btul, yang minat. Yuran pun murah, environment pun ok. Jangan amik shah alam, amik cawangan. Shah alam ni padat, kos hidup pun tinggi... OK..

Bulan senaman


Halo....

Kita ni umur makin meningkat, penyakit macam2 ada kat bumi nih. Jadi antara langkah yang boleh kita amik ialah "bersenam"... Ala, tak lama pun. Amik la dalam 1/2 jam ker. Lepas waktu opis tu buat la. Macam2 eh boleh buat. Cuma nak tak nak jer nih...

Kene plak klu kat satu2 organisasi tu, dia sediakan gim. Lagi la. Selain bersenam, ader la "benda2" lain boleh "dihayati".... Hahahahaha.... Hish, kene betulkan niat tu. Baru tuhan tolong...

Target bulan ni tak besar, just nak turun kepada 65kg dan berlari 2km dalam 10 minit....


ni baju senaman yg ditaja oleh Giant sempena potongan harga GP... RM6 jer sehelai. Setiap warna bermaksud hari senaman..

siap pakai bengkung lagi... hahaha....

p/s: Gym UiTM ader sauna wei... Jom layan...

ok lah, Majulah Sukan untuk Kesihatan