A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Piala Suzuki 2010 - Malaysia vs Indonesia


Tahniah team Malaysia. Tanah tumpahnya darahku...
Thanks sebab korang, kami cuti Jumaat nih....Bernama
Terima kasih juga kepada perdana menteri kita....
Sos: http://www.affsuzukicup.com/

Seoul Garden @ iOi Mall Puchong

Ahad lepas (26 Dec), try pekena makan tengahari dengan family mentua kat Seoul Garden kat iOi Mall, Puchong.


Walaupun tagline dia, all-you-can-eat buffet, tapi tak semua pun korang nak makan. Mungkin selera org Seoul, Jepun ek, eh ker Korea. Tak berapa nak masuk la ngan selera kita. Nasi2 tu sumer ader, lauk kebanyakkan ayam. Ayam masak lada itam, masak tomyam, masak aper ntah lagi, ader 2-3 jenis masakan lagi.

Tapi sumer mentah, korang kene goreng sendri, tu yang letih tu, kita datang nak makan tapi kene buat sendri, tapi suatu kelainan gak la. Mungkin ader org nak makan separuh masak, ader plak yang suka hangus2, ader gak yang suka garing2. Selera masing2.

Bayaran 1 kepala dalam RM34, tu dah masuk air ngan service cas tu. Baru makan tengahari. And lagi satu lantak korangla nak dok berapa lama. Tak der had masa.

In term of makanan, for me agak kureng la. Buah pun ader 2 jenis jer, tembikai ngan tembikai susu. Air mangga ngan teh limau. Air gas tak der. Kuah tomyam dia giler pedas. Kuah sup tak dapat nak rase. Tempat lain 2 kuah tu dia bagi. Sini korang kene pilih.

Tempat makan sangat2 selesa + bersih. Overall best, but in term of makanan dia kureng skit.

Chocolate Indulgence @ Secret Recipe

Pergh......................


Ini.......ini............terbaeeeeeekkkkkkkk....

Damn, my 1st time eat this cake (Chocolate Indulgence) . Dlu biasa dengan member2 citer pasal kek nih. Ader yang bagi statement, "makan satu slice tu pun dah kenyang". Ko biar betul....

Actually during my engagement last year, my wife buy it for me as one of hantaran. Tapi paham2 jer la kan. Kalau dah open time tu, satu kampung serbu.

Manage to cut a big one, but then.... "Abg 1....nak.....", "Eh, amik2.....memang nak bagi korang pun.." ------- sob, sob....

One year after that, mean yesterday, adik ipar belanja.... Ffuuuuuu.... Terima kasih daun keladi. Then, next day me return balik to Giant Putra Height. Really lucky, got one last piece... Damn nice....

Alhamdulillah.... thank to wife, belanja me.....

Senaman Regangan di Pejabat




sos: ntah..dapat dari email

Soalan waktu Bertunang

This is my 2nd time follow people to majlis bertunang. Actually my function just untuk meramaikan majlis jer. Meramaikan bagi pihak sebelah sini (yang menerima).

Menjadi kebiasaan bagi kedua2 belah pihak melantik wakil mereka. Biasanya terdiri dari pakcik paling tua + berpengalaman dalam keluarga tu. Base on my exp, they will ask about this:

1. Berapa lama nak ikat tali pertunangan?
Biasa wakil akan tanya janji hidup. Maksudnya kalau hidup berapa lama tali pertunangan ni nak diikat. Ader yang bagi range bulan (cth: dalam bulan 6 - 7, akan diconfirmkan kemudian). Ader yang bagi exact tarikh atau bulan (mungkin sebab nak buat kat dewan, tempah dewan kene 6 bulan lebih awal). Namun begitu salah satu wakil akan minta dilonggarkan sedikit janji ini atas sebab2 tak boleh dielakkan seperti, status kewangan, tarikh tak sesuai atau sebagainya. Kira minta flexible la tarikh tu nanti.

2. Kalau ikatan putus tengah jalan, bagaimana status hantaran yang telah disampaikan?
Ini soalan panas. Masa mula2 dengar rase macam tak percaya. Mana taknya baru nak pi tunang, dah tanya pasal nak putus. Biasanya soalan ini merujuk pada status barang hantaran yang telah disampaikan, cincin tunang, barang sumer tu lah. Ader yang redha dan beri barang2 tu sebagai hadiah, ader pula nak balik cincin kecuali barang hantaran yang lain. Terpulang la pada pihak lelaki tu. Ader certain negeri memang dah ader rules dia. Ikut saper yang memutuskan hubungan tu.

3. Berapa nilai hantaran yang diminta?
Hah, cakap la awak nak berapa. Pihak lelaki tak usah risau, boleh tawar-menawar. Kene ingat bab duit satu citer, cincin lagi, rantai lagi, barang seperti beg tangan, kasut, minyak wangi tu lagi. Kalau dicampur tu semua.........tergolek kita. Bincang la elok2 dengan pasangan sebelum majlis tu.

4. Bila wang hantaran akan diberi?
Bila jumlah dah dapat, tentukan plak bila pihak pompuan nak wang tu. Biasa diorg minta sebulan awal, sebab pihak pompuan nak guna duit tu. Ader yang tak kesah, bawa time majlis. Tapi ingat, banyak mata memandang, hati diorg kita tak tau....

Last sekali, kedua2 belah pihak akan mengingatkan supaya pasangan ni, bila bertunang jaga batas pergaulan. Baru tunang dik. Belom nikah lagi....

Teguran paling shocked

Huh...

Baru balik dari kampung JB, got event there.. Adik sedare bertunang.... Biasa la, time2 majlis cam ni sumer sedare berkumpul, tak kire jauh atau dekat. Yang dekat kita mesra2kan, yang jauh kita kenal2kan.

Then jumpa lah seorang pakcik nih. Kenal, tapi dah lama sangat tak jumpa. Biasa dlu rajin gak terserempak. Pity on him, kaki yang dlu patah sebab xcident, patah lagi sebab jatuh tangga. Exactly same tempat. Kesian kan... Moga Allah bagi cepat sembuh. Org kater sakit tu penghapus dosa.

Anyway here are some dialog:

*Meet him at from door...
Me: Kenal lagi tak nih..
Uncle: Eh, mesti la kenal. Tadi terserempak masa pakcik naik motor, Kitorang nak pegi kedai. Tu yang cakap kat wife, itu lah pakcik. Tapi dia cakap bukan lah. Saya bgtau dia, dia mana pernah jumpa lagi pakcik. Dengar hari tu jatuh ek??
Uncle: Ha'ah. Jatuh masa nak turun tangga, kat tempat sama yang eksiden dulu plak tu. Ini pun dah boleh jalan sikit nih. Dah tempang balik....
Me: Aduh, tak pe. Pelan2 elok lah nanti tu...
Uncle: Ni along bila nak kawen???
Me: Kawen???!!!
Uncle: Ni soalan cepu mas untuk budak muda sekarang....
Me: *tak tercakap, kenapa dia tak tau, dah la dia duduk kg tu gak. quit close plak tu...cemaner dia bleh tak tau i'm married...

Oh damn, rase malu sangat. Tak nak salahkan saper2. Soklan nih ader 2-3 org yang tanya. Bukan aper, bila yang bertanya tu member atau sedare dekat, kita akan terasa sangat.

Kesimpulannya: Walaupun korang paskan kad2 tu kepada org lain untuk edar, korang sendri kene double check senarai penerima. Takut terlepas....

Microsoft Expression Web 4 replacement for Frontpage 2003

Baru2 ni, i got 1 job that required me to setting up a webpage. Actually it's like one portal that links all related info for the particular courses. I was responsible for Faculty of Computer and Mathematical Sciences. Course popular nih. With all computer geek, nerd, hacker and so on. Hope any student from that faculty can help me by giving out their reading information which recommended by their lecturer.

Quit nostalgic bila kami dikehendaki menggunakan perisian Microsoft Office Frontpage untuk buat editing tu. Then it cross to my mind...."apesal frontpage 2003, tak der yang latest ker". Google punya google, then i found this:

Microsoft Expression Web 4.

Boleh dikatakan replacement untuk Microsoft Frontpage. Versi 2003 tu latest release. Can't find any 2007 or 2010 version. I oledi install in in my rig (Win7 x64), seem it run smooth. But can't run in my WinXP, not sure why. Maybe got some incompatible issues there since i installed Ofice 2010 there.


1st, you required Microsoft .NET Framework 4. Download

Installation process....
Interface, a bit different from Frontpage 2003.

The Revive of HON



Yeh......

It's been a long time I didn't play this game. My friend Pico still in the war. He manage to get that free beta key from the HON Homepage.

Luckily someone offer the beta key with the low price - Rm5. Usually it take around RM15. I thought it was some kind of scam, but nope. i'm oledi bought it. Here was his Blog and Lowyat thread. Recommended to others.


Downloading + installation process,

The status all has been reset....nooob....

Some fact about Sabah

Some fact based on my observation and local people story:

  1. kebanyakkan orang Sabah tak reti bawak motor, they prefer 4wd. Paling cikai pun Perodua Kancil.
  2. org bukan Islam ader yang menggunakan "bin" dalam mana mereka untuk mendapatkan status bumiputera.
  3. kuantiti gereja di sana sama seperti kuantiti surau + masjid kat semenanjung
  4. mana McD kat sini weh??
  5. Indian people here sangat2 rare. Mungkin ader kawasan2 diorg sendri kot.
  6. polis trafik sama polis peronda ntah ader ker dak...
  7. aweks,....tak tau la mata ni yang rabun atau tak der...
  8. pantai dia sangat2 terpelihara, lapi pun ni lah salah satu daya tarikan ke sini.
  9. hotel bersepah sana sini. Datang jer la, tak yah book2.

Syukur, selamat penerbangan kami dari JB...


Rupa2nya airport dia kat tengah bandar, tak macam Senai atau KLIA, jauh dari bandar. Ader 2 air port kat sini KKIA 1 and KKIA 2. Yang 1 tu untuk MAS and 2 tu untuk Air Asia. Sebelah2 jer pun...

Kini, bermulalah explorasi kami di bumi Kinabalu ini selama 5 hari... Kita mula dengan place we stayed there.

Well, we stayed at Nexus Resort Karambunai and Sutera Habour Resort. Both got nice room, tapi kat Sutera lagi pemurah, ader sikat free, berus gigi, ubat gigi. In term of view kat Sutera gak lah yang best, sayang tak ngadap laut, kami dapat yang ngadap padang golf & airport. So gasak tengok airplane berlepas and landing jer la.


----------------------------------------------------------------
Kinabalu Park (Gunung Kinabalu)

Tak naik pun, kat kaki gunung jer. Sayangnya pergi siang sangat, dah berkabus dah. Kitorang pergi kat Gate Timpohon tu. Dari situ dapat la tengok puncak Gunung Kinabalu tu. Kalau pergi bawa la kacang, sebab kat situ tupai dia jinak2.
----------------------------------------------------------------
Poring Hot Spring


Biasa lepas pi Kinabalu Park tu org akan teros pi Kolam Air Poring nih dalam 15 km klu tak silap. Tarikan dia bukan stakat kolam tu jer tapi ader Canopy Walk. Ala yang jalan atas jambatan gantung tuh...
----------------------------------------------------------------
Pasar Gaya (Pasar Ahad)

Pasar nih cuma dibuka pada hari Ahad pagi. Macam2 dia jual, anak anjing sama anak babi pun ader. Jalan tengok2 jer la, nak beli makan agak mual la situ + agak was2.
----------------------------------------------------------------
Pasar Filipin (betul ker ngeja nyer nih) / Handicraft Market

Kat sini bila nak beli barang jer org akan rekemen pasar filipin nih. Dia betul2 sebelah pasar ikan masin, sepan skit dari Hotel Le Meridian. Bukan semua barang2 dia murah. Sebab main customer diorg nih org Brunei and forigner. Kene plak kita nih Malay people suka nak tawar2, kadang diorg tak layan dik. Siap boleh cakap "awak nak, amik, tak nak sudah".
----------------------------------------------------------------

Tok sah la korang ke sini. Tak der aper, stakat tengok kuda, lembu, memerang, monyet sama orang utan, memang tak ader aper special, tiket pun mahal. RM10 klu tak silap. Sangat2 tak berbaloi.
----------------------------------------------------------------
Menara Tun Mustapha (Sabah Foundation Building)
Yang ni kali tak pi sebab dia tepi jalan jer. So tengok dari jauh. Rasenya ni kawasan pejabat, kira ala2 Putrajaya la. Tapi dia ader sebijik bangunan jer kat situ. Mungkin bentuknya yang agak menarik.

----------------------------------------------------------------

Actually taman ni consist of 5 island - Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik and Pulau Sulug. Kami cuma pergi Pulau Manukan, Pulau Memutik ngan Pulau Gaya. Keistimewaan tiap pulau ni, sama saja, air yang jernih, ikan yang jinak and omputeh yang seksi - seksa.
----------------------------------------------------------------
Pasar Mutiara

Tak tau lah aper nama sebenarnya. Actually pasar ni hari2 pun ader, majoriti jual mutiasa sama kristal. Harga sangat2 murah, kat sini boleh tawar2. Better than Pasar Filipin tu.