A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Piala Suzuki 2010 - Malaysia vs Indonesia


Tahniah team Malaysia. Tanah tumpahnya darahku...
Thanks sebab korang, kami cuti Jumaat nih....Bernama
Terima kasih juga kepada perdana menteri kita....
Sos: http://www.affsuzukicup.com/

Seoul Garden @ iOi Mall Puchong

Ahad lepas (26 Dec), try pekena makan tengahari dengan family mentua kat Seoul Garden kat iOi Mall, Puchong.


Walaupun tagline dia, all-you-can-eat buffet, tapi tak semua pun korang nak makan. Mungkin selera org Seoul, Jepun ek, eh ker Korea. Tak berapa nak masuk la ngan selera kita. Nasi2 tu sumer ader, lauk kebanyakkan ayam. Ayam masak lada itam, masak tomyam, masak aper ntah lagi, ader 2-3 jenis masakan lagi.

Tapi sumer mentah, korang kene goreng sendri, tu yang letih tu, kita datang nak makan tapi kene buat sendri, tapi suatu kelainan gak la. Mungkin ader org nak makan separuh masak, ader plak yang suka hangus2, ader gak yang suka garing2. Selera masing2.

Bayaran 1 kepala dalam RM34, tu dah masuk air ngan service cas tu. Baru makan tengahari. And lagi satu lantak korangla nak dok berapa lama. Tak der had masa.

In term of makanan, for me agak kureng la. Buah pun ader 2 jenis jer, tembikai ngan tembikai susu. Air mangga ngan teh limau. Air gas tak der. Kuah tomyam dia giler pedas. Kuah sup tak dapat nak rase. Tempat lain 2 kuah tu dia bagi. Sini korang kene pilih.

Tempat makan sangat2 selesa + bersih. Overall best, but in term of makanan dia kureng skit.

Chocolate Indulgence @ Secret Recipe

Pergh......................


Ini.......ini............terbaeeeeeekkkkkkkk....

Damn, my 1st time eat this cake (Chocolate Indulgence) . Dlu biasa dengan member2 citer pasal kek nih. Ader yang bagi statement, "makan satu slice tu pun dah kenyang". Ko biar betul....

Actually during my engagement last year, my wife buy it for me as one of hantaran. Tapi paham2 jer la kan. Kalau dah open time tu, satu kampung serbu.

Manage to cut a big one, but then.... "Abg 1....nak.....", "Eh, amik2.....memang nak bagi korang pun.." ------- sob, sob....

One year after that, mean yesterday, adik ipar belanja.... Ffuuuuuu.... Terima kasih daun keladi. Then, next day me return balik to Giant Putra Height. Really lucky, got one last piece... Damn nice....

Alhamdulillah.... thank to wife, belanja me.....

Senaman Regangan di Pejabat




sos: ntah..dapat dari email

Soalan waktu Bertunang

This is my 2nd time follow people to majlis bertunang. Actually my function just untuk meramaikan majlis jer. Meramaikan bagi pihak sebelah sini (yang menerima).

Menjadi kebiasaan bagi kedua2 belah pihak melantik wakil mereka. Biasanya terdiri dari pakcik paling tua + berpengalaman dalam keluarga tu. Base on my exp, they will ask about this:

1. Berapa lama nak ikat tali pertunangan?
Biasa wakil akan tanya janji hidup. Maksudnya kalau hidup berapa lama tali pertunangan ni nak diikat. Ader yang bagi range bulan (cth: dalam bulan 6 - 7, akan diconfirmkan kemudian). Ader yang bagi exact tarikh atau bulan (mungkin sebab nak buat kat dewan, tempah dewan kene 6 bulan lebih awal). Namun begitu salah satu wakil akan minta dilonggarkan sedikit janji ini atas sebab2 tak boleh dielakkan seperti, status kewangan, tarikh tak sesuai atau sebagainya. Kira minta flexible la tarikh tu nanti.

2. Kalau ikatan putus tengah jalan, bagaimana status hantaran yang telah disampaikan?
Ini soalan panas. Masa mula2 dengar rase macam tak percaya. Mana taknya baru nak pi tunang, dah tanya pasal nak putus. Biasanya soalan ini merujuk pada status barang hantaran yang telah disampaikan, cincin tunang, barang sumer tu lah. Ader yang redha dan beri barang2 tu sebagai hadiah, ader pula nak balik cincin kecuali barang hantaran yang lain. Terpulang la pada pihak lelaki tu. Ader certain negeri memang dah ader rules dia. Ikut saper yang memutuskan hubungan tu.

3. Berapa nilai hantaran yang diminta?
Hah, cakap la awak nak berapa. Pihak lelaki tak usah risau, boleh tawar-menawar. Kene ingat bab duit satu citer, cincin lagi, rantai lagi, barang seperti beg tangan, kasut, minyak wangi tu lagi. Kalau dicampur tu semua.........tergolek kita. Bincang la elok2 dengan pasangan sebelum majlis tu.

4. Bila wang hantaran akan diberi?
Bila jumlah dah dapat, tentukan plak bila pihak pompuan nak wang tu. Biasa diorg minta sebulan awal, sebab pihak pompuan nak guna duit tu. Ader yang tak kesah, bawa time majlis. Tapi ingat, banyak mata memandang, hati diorg kita tak tau....

Last sekali, kedua2 belah pihak akan mengingatkan supaya pasangan ni, bila bertunang jaga batas pergaulan. Baru tunang dik. Belom nikah lagi....

Teguran paling shocked

Huh...

Baru balik dari kampung JB, got event there.. Adik sedare bertunang.... Biasa la, time2 majlis cam ni sumer sedare berkumpul, tak kire jauh atau dekat. Yang dekat kita mesra2kan, yang jauh kita kenal2kan.

Then jumpa lah seorang pakcik nih. Kenal, tapi dah lama sangat tak jumpa. Biasa dlu rajin gak terserempak. Pity on him, kaki yang dlu patah sebab xcident, patah lagi sebab jatuh tangga. Exactly same tempat. Kesian kan... Moga Allah bagi cepat sembuh. Org kater sakit tu penghapus dosa.

Anyway here are some dialog:

*Meet him at from door...
Me: Kenal lagi tak nih..
Uncle: Eh, mesti la kenal. Tadi terserempak masa pakcik naik motor, Kitorang nak pegi kedai. Tu yang cakap kat wife, itu lah pakcik. Tapi dia cakap bukan lah. Saya bgtau dia, dia mana pernah jumpa lagi pakcik. Dengar hari tu jatuh ek??
Uncle: Ha'ah. Jatuh masa nak turun tangga, kat tempat sama yang eksiden dulu plak tu. Ini pun dah boleh jalan sikit nih. Dah tempang balik....
Me: Aduh, tak pe. Pelan2 elok lah nanti tu...
Uncle: Ni along bila nak kawen???
Me: Kawen???!!!
Uncle: Ni soalan cepu mas untuk budak muda sekarang....
Me: *tak tercakap, kenapa dia tak tau, dah la dia duduk kg tu gak. quit close plak tu...cemaner dia bleh tak tau i'm married...

Oh damn, rase malu sangat. Tak nak salahkan saper2. Soklan nih ader 2-3 org yang tanya. Bukan aper, bila yang bertanya tu member atau sedare dekat, kita akan terasa sangat.

Kesimpulannya: Walaupun korang paskan kad2 tu kepada org lain untuk edar, korang sendri kene double check senarai penerima. Takut terlepas....