A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Denda IC Hilang

1st time IC ilang. Tapi tak der la rase macam pendatang sebab, time ic ader pun, bukan saper nak check. Dah sampai naik berkulat ic tu dalam dompet.

Anyway, some info tentang nak buat ic baru ni:

Dalam 1 hari siap
Better go to Putrajaya, they said, morning you come, evening already done. I think go to JPN, not sure at which block.

Hari ni hantar esok boleh amik
Yang ini boleh di request masa kita buat ic kat kaunter mana2 cawangan JPN. Kalau Shah Alam ni kat Plaza Masalam, tingkat 6. Diorg akan letakkan ic kita dalam fast lane / vip. Tapi amik kat Putrajaya.

2 Minggu siap
Kalau malas nak ke Putrajaya, memang nak amik kat cawangan tu jer, so tunggu la 2 minggu. Sementara tu, ic sementara akan dikeluarkan. Mostly, apa2 urusan terima ic sementara ni. Tapi part banking, memang susah skit. Dia tak kata tak boleh, tapi dari cara diorg terangkan tu, seolah-olah diorg cakap, "En, pi dapatkan IC betul dulu la yer", cam tu.

Denda
Kalau kehilangan tu disebabkan kecurian, TIADA denda dikenakan. Diorg akan tengok pada laporan polis yang korang buat. Tapi kalau sebab cuai, tu yang 1st RM110 and 2nd RM210.



Datang awal pagi la. Tak ramai pun. Tapi nak share skit, kalau pi JPN Plaza Masalam, time amik gambar, better amik yang lelaki, bersopan skit. Kalau yang perempuan tu, buat sakit hati jer. Dua kaunter jer untuk amik gambar, kaunter 13 ngan 14.

Abih semua kene kebas

Ya Allah tension sangat...Abih semua beg duit me and wife kene kebas...

Bonet kereta kene umpil. Memang salah sendiri la sebab letak beg duit tu sumer kat bonet. At 1st we thought letak sekejap jer. Sebab nanti nak kuar balik. Tak sampai 30 minit dah lesap. Itu pun sebab dengar sedare lain bising sebab kereta kene kopak.

Memang rezeki perembat tu la. Btw, serius aku tak halal dunia akhirat. Siapa2 yang park kat Dewan Komuniti Kampung Melayu, Majidee tu jaga2 la. In fact, masa diorg rembat tu. Kami semua tengah buat majlis persandingan. Dengan orang ramai kuar masuk, diorg tak goyang punya. 3 kereta kene include my car. Jahanam lock bonet saja.

Imagine, we totally got nothing. Tangki minyak tinggal 2 takah jer. Perjalanan jauh lagi (Shah Alam). Luckily got person give / lend some money to us.

Ingat nak buat suprise kat wife for 1st aniversary the day after, but gone already. Duit nak pi buat checkup kat hospital ngan nak beli barang2 baby pun hangus.

Mahal rezeki betul la... Now kene amik emergency leave on Monday sebab nak uruskan dokumen2 yang ilang tu... Arghh....

al-Kisah Digi WWWOW Award 2011


Akhirnya, telah diumumkan pemenang bagi Digi Wwwow Awards 2011 nih. Basically award ni dikira berdasarkan undi kat Facebook. Dengan berakirnya pertandingan ini, maka berakhir la promote2 kat fb atau forum2. Anyway tahniah kepada pemenang.

  1. Top Makan Makan Expert Award - Oh Malaysia
  2. Top Kay Poh Award - Lee Zi Wen
  3. Fave Tech Head Award - The Tech Head
  4. Online Shop of The Year Award - Karysma Store
  5. Blogger of the Year Award - Inianwarhadi
  6. Video of the Year Award - Bajetnyeewww (@Youtube)
  7. Must Follow Personality Award - Inianwarhadi
  8. Picture of the Year Award - Beautiful White Orchid
  9. Top LOL (humour) Award - Blog yang Amat Serius!
  10. Best Internet for Good Award - PetFinder.my
  11. Fave Malaysian Male Online Celebrity Award - Nicholas Teo
  12. Fave Malaysian Female Online Celebrity Award - Stacy Angie
  13. Fave Person over 40 Award - Jon Tan
  14. Fave Person under 15 Award - Hisyam Wazir
  15. Online Story of the Year Award - Malaysia wins AFF Suzuki Cup
  16. Best Internet For All Idea/Campaign Award - A. F. O Radio
Cuma kadang tu terpikir gak, pememang ni memang betul2 popular ker atau diorang really know how to promote themself.

Mana Mudah.com.my, Lelong.com.my, Red Mummy. Tu yang sampai berjuta2 like kat fb tu semua. Kenapa korang tak join? Tapi ader juga la pemenang yang memang "patut memang". Pelik ibnu ajaib kan...