A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Shoppin 4 Engagement (Phase1)

Sok kat SOGO ader sale... So saper2 yang nak beli brg2 hantaran ker leh la layan...

So misi aku esok....

Budget: RM1000

Barang ingin dibeli:
  1. Kasut kulit,
  2. beg tangan,
  3. songkok,
  4. minyak wangi,
  5. set kemeja + seluar
  6. telekung
  7. sejadah
Cadangan tempoh beli : 2.00-5.00

So kita tengok la esok cemaner...

Result: Erk, amerder la yang dijualnyer... T-shirt banyak la... Huh..tak der brg aper pun dapat. Damn la...buang masa btul....




Mak cakap
Dah besar anak mak yang sulong nih. Dah pikir nak kawen dah... Yer la nak, hidop nih sentiasa move on. Sampai masa kita kawen, beranak-penak, tua, sakit, dan meninggal... Jadi buat la sesuatu tu dengan baik dan cemerlang.

Along cakap
Terima kasih mak sebab dah besarkan along, dah jaga, dah tanggung along selama 25 tahun nih. Along minat kat sorang minah nih. Kenal dah lama, nanti klu kuar sana sini tak der ikatan yg sah, takot org mengata plak. Jadi along nak minta kebenaran kat mak abah nak jadikan minah nih isteri. Boleh yer mak...

Mak cakap
Yer la long. Itu hak along. Lepas ni komitment along dah pi kat bakal wife tu. Mak ngan abah jer la ngan adik2.

Abah cakap
Awak nih, dak tu dah sampai masa dia. Biarla, asal terbaik buat dia, terbaik juga la buat kita...

Along cakap
Mak ngan abah toksah la cakap cam tu, mak ngan abah still no1. Along kawen pun wat cukup syarat jer nih.. Ahahahha, gurau jer.. Utk elak org bersangka buruk, nanti org mesti kaitkan ngan mak bapak along kan...

Mak cakap
Betul tu, lepas kawen. Lantak la nak berkepit sana sini pun...

Along cakap
Terima kasih mak....abah....

Jangan

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Proton Exora


At last, our new new mpv prtoton got their name..... Exora.....

Proton Exora

Nice, until now there are no official picture for the mpv. But there are some leaked photoshot from paultan.org

The name was taken from the ixora flower...



The tagline for the mpv is "Keriangan Keluarga".

Our grand prize winner is Norsholihan Bt Abdul Eanich, who will get to drive the 7-seater vehicle she named once it is launched in April.




The price will be under RM80k and can start book this Saturday (21st Feb) with RM1k fee.

There are 5 color offered Genetic Silver, Tranquility Black, Blue Haze, Pyrite Brown and Gaia Blue

-Well Done Proton-


Automech 09

Image Hosted by ImageShack.us


Jom, kita meramaikan majlis...
Peminat permotoran, layan nih....

UiTM Job Vacancy 2009


salam...

well, ramai kengkawan yang minta sy tolong inform diorg klu2 ader open vacancy kat uitm. Saya dah message sumer org, klu ader saper yang tak dapat sila bgtau email no phone korang ok...

anyway, utk pengambilan 2009, jawatan telah dibuka...

sila lawat web berikut

Mohon Jawatan || Senarai Jawatan

tarikh tutup: 2 Mac 2009

saya, doakan, anda berjaya dalam temuduga...

just utk inform, mohon skang tapi mungkin panggil interview (klu terpilih) 6 bulan akan datang base on my exp...

Career Fair 2009 @ UiTM



Some vacancy required student to submit their own resume before certain date. So please check here the available vacancy and the date. Wish you all the best..

Senarai Kerja / Job Vacancy

Reban Ayam

Harlu...

Lamakan cuti sempena Thaipusam nih. 3 hari gak la... Ayat biasa org tanya bila naik cuti nanti... "Wei, cuti apa bikin??" atau "Takkan cuti dok umah jer bro" atau "Ko tak wat aper2 ker cuti panjang lepas??". Aku cuti ni tak der la wat aper sangat. Buat atau lebih tepat aku cakap touch up reban ayam. Tengok gambar jer la yer. Tak der ayat nak buat nih....

Image Hosted by ImageShack.us
Perbincangan artiket dari 2 buah company

Image Hosted by ImageShack.us
Pemilik reban pertama yang bertuah di samping anak2..

Image Hosted by ImageShack.us
Last check up, sebelom diberi status selamat diduduki..

Image Hosted by ImageShack.us
Reban yang berjaya di bangunkan...

Letih wooo bikin reban nih. Memerlukan kesabaran serta baget yang tinggi. Btw, reban ni berada di lereng bukit. Tapi telah mendapat kelulusan pihak berkenaan. Ala, klu sok lusa dia nak runtuh, leh kasik pindah tu. Omputeh kater, plug and play... hehehe....

Dragonball Movie Evolution Trailer



Distributor: 20th Century Fox
Director: James Wong
Budget: $100 million
Release Date: April 8th 2009 in North American , March 13th 2009 in Japan
Filming Locations: Mexico City, Durango, Los Angeles
Status: Post Production

Nice trailer....
More on http://dbthemovie.com/

The countdown start now...

Salam....


Topik hari nih pasal nak lekat stiker kat motor. Ujukaji dijalankan ke atas motor aku sendri..
Nak cari stiker ni tak susah. Hampair sumer keai motor ader. Korang beli la ikut citarasa sendri.

Tips: Pastikan base color motor korang. Cam aku LC merah. Bukan aper. Senang nak design. Lagi satu nampak kemas skit. Kaler lain pun boleh tapi takut kaler dia tak match. Pilihan aku disini sticker Spark 135. Harga kat mudah.com.my RM60. Kat puchong RM20. Kat Shah Alam RM15.



Langkah pertama, korang potong elok sticker dari yang besar tu kepada kepingan2. Ikut pada design sticker tu. Supaya korang boleh adjust kat mana nak letak sticker tu nanti. Percayala, pomen kedai bukan tau sangat tapi diorg baget2 jer base on pengalaman lama diorg.


Langkah kedua, korang wat research skit especially klu ia melibatkan design baru atau latest. Cam Spark ni tak jual kat Malaysia. So korang takkan dapat tengok design asal dia live. Jadi wat research skit, baca kat internet ker.. ok...

Langkah ketiga, kasi koyak sama itu sticker dia ada. Yang ni agak payah sebab dia dah btul2 melekat kat body. Tarik pelan2. Mak sure tak der satu pun tertinggal. Biar dia togel
teros.



Langkah keempat, perasan tak ader bekas2 gam tertinggal. Ok, yang tu pun kene bersihkan. Ader org cakap pakai sabun. Tapi pomen ni wat pakai minyak tanah. AMARAN - DILARANG WAT KEJE NIH SAMBIL ISAP ROKOK. Ok minyak tanah ni membantu menaggalkan gam2 tersebut sebab minyak tak melekat. Kasik btul2 lap ok. Supaya masa korang tampal sticker tu tak der la ketul2 timbul. Mencactkan dan akan datang akan terkoyak.



Dah selesai tugas atas. Boleh la mula menampal. Korg tampal / ukur bahagian ujung dlu sebab bila ujung btul dan tak sengat yang lain akan ikut sekali. Amik kain kering, cuba urutkan dia sumaya tak der gelembung udara terperangkap. Wat pelan2. Kalu salah boleh buka balik sebab masa mula2 ni dia tak berapa melekat sangat.

Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us

Macam aku pesan tadi wat skit research. Org lain tak perasan tapi klu negara yang btul2 kasi kuar itu motor mesti persan punya design dia pelik. Cam aku nih nampak pelik kan 2 sticker nih..


Tak semestinya korang kene tampal sumer kepingan2 tu. Kadang tu, tampal skit jer dah nampak cantik. Ok..

Jadi selamat mencuba yer...