A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Daftar Haji

Cam gempak jer kan bunyinya...

Actually daftar jer, kebetulan kat opis nih diorg ader buat tour. Siap ngan macam2 aktiviti. Sumernya pasal tabung haji lah...

Tambang pun dah naik, klu tak silap ana, latest tambang baru adalah sebanyak RM9980.

Tok sah dok berkira sangat la pasal tambang tuh. Perginya sekali hayat sekali, klu panjang umur + cukup syarat, boleh la pergi lagi. Tapi yang pertama pergi tu yang dikira, selepas2 tu di kira melawat klu tak silap (minta tolong betulkan klu salah). Ala..., Proton Saga boleh beli, motor boleh beli, LCD boleh beli, takkan nak ngadap Kaabah tak leh pi kan....


Better saper yang dah ader sekarang tabung ni, cukupkan RM1300, lepas tu dah boleh daftar pergi haji. Korang tau tak, tempoh giliran tu cecah 15 tahun tau. Elok pergi time sihat2, klu dah tua, susah la sikit... Daftar jer, klu dah sampai masa tapi tak sedia lagi, takpe, boleh minta tangguh... Ana pun dapat pi time 2027, time tu umur dah 40 lebih... Moga Alllah panjangkan umur ana dan kesihatan yang baik...amin..

0 komen:

Post a Comment