A story about what i do in these whole life.. 1984 -

1st time bayar Zakat

Salam semua, awat?? Bukan zakat fitrah bulan pose tu... ni zakat2 yang lain tuh...

> Zakat Pendapatan
> Zakat Perniagaan
> Zakat Binatang Ternakan
> Zakat Pertanian
> Zakat Wang Simpanan
> Zakat Emas dan Perak
> Zakat Saham

Tapi nak highlight untuk Zakat Pendapatan ngan Zakat Simpanan tuh.. Korang dah bayar?? Oh, tolak bulan2 dari gaji ek??? Bagus... Tapi betul ker kiraannya tuh...??

This is what i get them them (staf PZS), memang boleh buat tolakan gaji, tapi itu tak masuk wang kepada ibu bapa dan bonus. Dan ia diambil berdasarkan kiraan gaji pokok kita. Pendek kata akhir tahun still kita kene semak balik ngan PZ. But at least korang just bayar baki jer, bukan lump-sum. Yer lah, dah akhir2 tahun nih, kadang kita nak pakai duit, tu biler bayar lump-sum memang terasa beb....

Lagi satu nak pesan, biler gaji naik, jumlah zakat tu pun kene berubah mengikut range gaji dia, takkan keje dekat 5 tahun, tapi kiraan zakat ikut org yang baru masuk keje. Betul tak, kiranya, korang bayar zakat, tapi tak cukup jumlah. Hukumnya jatuh macam mana tu ek???? Bayar memang bayar, tapi tak cukup...

Satu lagi korang ader simpanan?? Mesti ader punyakan, klu cukup haulnya, kene zakat gak tuh. Ni yang saya "terkena" nih. Dlu tak amik port sangat. Tak per, ader sebab tu tuhan suh bayar zakat.. Moga2 duit kita tu bersih dan berkat amin....

Kirala korang punya zakat kat sini...Zakat Pendapatan. Untuk perbelanjaan diri, isteri dan anak, korang tak payah tokok tambah sendiri. Jumlah dalam kurungan tuh adalah jumlah yang diambil berdasarkan kajian diorg. So lagi ramai isteri ngan anak, lagi kurang la korang punya zakat. Heheheh.....cantek bukan....

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)

0 komen:

Post a Comment