A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Air Balloon 2010 Putrajaya



Alhamdulillah....

Dapat juga berjalan minggu nih. Sajer release tension buat kerja. Ctually kebetulan besdey my fiancee today. So sajer buat suprise kat dia. Semoga dia heppy.

So this is my comment and story bout the event. So far, best sangat2, lagi pun sebelom ni tak pernah pergi.


Park motor kat Putrajaya Central, sebelah Hospital Putrajaya, then naik bas shuttle dari sana. Sebab tak tau jalan kat Putrajaya tu. Rupanya dekat jer dari situ. Tak per, sajer dok berjalan, tak yah la pikir2 nak cari park la. 50 sen jer pun. Peserta giler ramai, tok sah citer lah. Time tu baru pukul 10. Serius punya ramai.

Sampai2 jer, ader satu belon dah naik. Ader juga peserta yang baru sampai, tapi rasenya tu peserta untuk sesi petang.

Ni fasa masa diorg tiup belon tu. Mula2 tu pakai angin jer. Dah naik skit baru pakai gas. Tak terbakar ker kanvas tu. Dekat sangat api dia ngan kain yang belah bawah tu.

Sedih la gak, tiket dah abih. Yang datang lebih 100, 000 orang. Belon sekali naik ader la 3 biji. dah tu, setiap kali naik 2 - 5 orang jer. Mana la tak penuh. Sekali naik Rm10, tapi tak der la belon tu bergerak sana sini. Naik sat jer, untuk tengok pandangan Putrajaya. Lagipun dia dah tambat belon tu.

Aktiviti lain banyak juga. Ager PS3 games tournament. Game Pro Evolution 2010 dengan aper ntah. Lumayan gak hadiah dia. Lepas tu ader juga aksi kawalan jauh helikopter. Rasenya pertunjukkan ni lagi gempak dari yang lain2. Diorang boleh buat helikopter tu menari2. Hebant sangat.

Permainan basikal pun ader. Tapi nampak macam basikal orang cacat. gambar tegah tu belon yang ader orang dalam dia. Budak2 jer la naik, karang bocor pulak kalau org dewasa naik. Satu lagi sukan extream bola besar. 2 orang masuk dalam tu, kemudia dia guling2 sampai ke bawah. Jangan muntah dalam tu sudah. nampak macam hamster pun ader gak orang dalam tu.


Bab tandas sedih sikit. Jenis portable toilet. Sisa buangan sumer masuk dalam tabung. Aduh loya pulak tekak nih. Kalau rajin pi la surau yang berdekatan. Selesa skit. Makan macam2 ada. Dari yang goreng2 sampailah yang fast food. Kfc, Pizza Hut, Rasa Mas ngan Starbuck pun ader. Diorg datang naik lori diorang tu la.


Akhir sekali sebelom balik, bawa lah my fiancee round kawasan berdekatan. Masjid Putrajaya dengan Jabatan Perdana Menteri. Banyak lagi tempat2 best kat Putrajaya tu, tapi lain kali lah. Edisi akan datang.

4 komen:

Post a Comment