A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Microsoft SideWinder X3

Dah sampai mada tukar mouse. Mana taknya gasak kene hentak jer bila kalah game. Bukan aper, kadang2 tu ter"emo" skit. Yerla, org main game nak release tension, tapi ni game tu plak menambah, tu yang brutal skit tuh..


Biasa gak nampak org citer pasal SideWinder kat LowYat.net, tapi tak penah tau aper benda alah tu. Masa beli ni pun tak baca sampai abih, just suka design dia ngan functionality dia. Harga pun tak mahal. RM45 jer. Masa tu main point nak cari lazer mouse. Biler dah sampai umah yang perasan tajuk dia sideWinder tu.

Tak der la gempak sebab boleh dikatakan mouse ni entry-level punya mouse untuk gaming. Tapi ok lah dengan harga dia. Spec detail leh rujuk Microsoft SideWinder X3.

YAng tak best tak boleh nak install software yang diberi. Intellipoint tu. Sebab dia support sampai Vista jer, untuk Win7 sampai 32bit jer. It's ok. still boleh pakai, benda tu cuma nak set DPI dia jer, sebab mouse ni dah siap bagi 3 option utk tukar DPI, pastu ader funtion forward and back kat side dia.

I really like this mouse....



Huh, terjebak jugak akhirnya.... Ni gara2 kak Diana la nih, promote lebih, ditambah plak dengan komen Zue. "Terpaksa" la mencari kedai nih.. Dia tak banyak, satu kat TTDI, satu kat Sunway ngan yang nih kat MidValley, area ground floor tu, depan McD sebelah Dominos.

Harga pun tak der la mahal, range McD ngan KFC jer. Tapi i'm recommend you guys Fish combo dia, sangat2 terbaik, ayam dia pun ok, tapi ikan tu lagi ok, sayang tak dapat rase udang, sebab tak tau shrimp tu udang.

Tang air dia pun menarik, dia tak macam fast food popular yang lain, dia ader Sarsi ngan F&N Grape. Tu favorite drink tu. Btw, staf2 dia yang tukang bersih2kan tu comel sangat2. (Ni yang kat MidValley la). Tak dapat nak amik gambar, tunang dok depan...erk..... Tengok ajer udah..

Mash potato + Coleslaw + Fish. Yang tengah tu cam kuih, kira ganti bun la kalau kat KFC tu...

Anyway, kalau ader rezeki lagi, nak makan sini lagi. Nak return betul2. Errkkk..alhamdulillah...

Air Balloon 2010 Putrajaya



Alhamdulillah....

Dapat juga berjalan minggu nih. Sajer release tension buat kerja. Ctually kebetulan besdey my fiancee today. So sajer buat suprise kat dia. Semoga dia heppy.

So this is my comment and story bout the event. So far, best sangat2, lagi pun sebelom ni tak pernah pergi.


Park motor kat Putrajaya Central, sebelah Hospital Putrajaya, then naik bas shuttle dari sana. Sebab tak tau jalan kat Putrajaya tu. Rupanya dekat jer dari situ. Tak per, sajer dok berjalan, tak yah la pikir2 nak cari park la. 50 sen jer pun. Peserta giler ramai, tok sah citer lah. Time tu baru pukul 10. Serius punya ramai.

Sampai2 jer, ader satu belon dah naik. Ader juga peserta yang baru sampai, tapi rasenya tu peserta untuk sesi petang.

Ni fasa masa diorg tiup belon tu. Mula2 tu pakai angin jer. Dah naik skit baru pakai gas. Tak terbakar ker kanvas tu. Dekat sangat api dia ngan kain yang belah bawah tu.

Sedih la gak, tiket dah abih. Yang datang lebih 100, 000 orang. Belon sekali naik ader la 3 biji. dah tu, setiap kali naik 2 - 5 orang jer. Mana la tak penuh. Sekali naik Rm10, tapi tak der la belon tu bergerak sana sini. Naik sat jer, untuk tengok pandangan Putrajaya. Lagipun dia dah tambat belon tu.

Aktiviti lain banyak juga. Ager PS3 games tournament. Game Pro Evolution 2010 dengan aper ntah. Lumayan gak hadiah dia. Lepas tu ader juga aksi kawalan jauh helikopter. Rasenya pertunjukkan ni lagi gempak dari yang lain2. Diorang boleh buat helikopter tu menari2. Hebant sangat.

Permainan basikal pun ader. Tapi nampak macam basikal orang cacat. gambar tegah tu belon yang ader orang dalam dia. Budak2 jer la naik, karang bocor pulak kalau org dewasa naik. Satu lagi sukan extream bola besar. 2 orang masuk dalam tu, kemudia dia guling2 sampai ke bawah. Jangan muntah dalam tu sudah. nampak macam hamster pun ader gak orang dalam tu.


Bab tandas sedih sikit. Jenis portable toilet. Sisa buangan sumer masuk dalam tabung. Aduh loya pulak tekak nih. Kalau rajin pi la surau yang berdekatan. Selesa skit. Makan macam2 ada. Dari yang goreng2 sampailah yang fast food. Kfc, Pizza Hut, Rasa Mas ngan Starbuck pun ader. Diorg datang naik lori diorang tu la.


Akhir sekali sebelom balik, bawa lah my fiancee round kawasan berdekatan. Masjid Putrajaya dengan Jabatan Perdana Menteri. Banyak lagi tempat2 best kat Putrajaya tu, tapi lain kali lah. Edisi akan datang.

Trajedi seram..


Benda ni jadi kat rumah tunang kat Puchong...

Kipas siling jatuh.... Jatuh betul2 kat atas meja makan... Cuba korang bayangkan, kalau ader orang tengah makan... Bayangkan juga kipas tu tengah berpusing, tak yah amik laju2, amik nombor 3 jer...

Tak tau lah nak salahkan saper, orang yang buat rumah ker, atau orang yang pasal kipas ker. Syukur sangat2 time tu tak der orang makan kat meja tuh..

Budak yang pasang ader lagi kat kampung tu, cuma dia skang tak keje dengan company yang pasang kipas nih. ade ker patut dia paku jer kat siling... Tak ker mangkuk tu... Tapi pelik jugak, mana hook ceiling tuh?

Maksudnya tempat gantung kipas memang tak ader, kalau dah tak ader, yang dia pi pasang juga kipas kat situ aper kes???

Yer la, benda dah jadikan, 3 tahun gak la dia amik masa nak jatuh...

Proton Emas

Damn nice....


Giler admired la design dia. At last, got something huge and futuristic from them. 2012 huh production, agak2 biler leh dok atas jalan kat Malaysia nih...???

Cadang baru nak amik Saga. Klu 6 tahun, abih bayar 2016. Hish, takkan tak abih bayar lagi nak tukar keter. Tak per, asal dapat tengok org lain pakai kat atas jalan pun jadi la.. Tumpang bangga jadi anak Malaysia.

Di harap dengan model yang baru nih, tertutup la sikit2 mulut orang yang tak abis kondem proton. Lu ader duit lebih, pi amik amik keter import sana...Dok bising aper...

“I’ve told the Proton people that I’d like to see the car out in a year, but they tell me they need more time,” Dr Mahathir said. - Sos

CheDet pun excited nampak....Really proud of Proton....


Tu yang sampai wallpaper pun kasi tukar ini kereta... Korang amik la kat NetcarShow.com. Macam2 resolution + angle ader

Btw, usha lebih kat Paultan.com ok...