A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Salam Raya Aidilfitri 2010


Tajuk: e-Kad Raya Aidilfitri 2010
Tema baju: Putih Suci (actually recycle baju nikah dlu, safe baget...huhuhhahah...)
Giliran kampung: Johor - belah laki (biasa ar org jawa, raya 1st mesti ke umah abe dlu...)


Persediaan duit raya. Raya tahun nih lebih kepada observe, nak observe berapa ramai anak sedare aku nih. Maklum la, jarang balik kampung. Syukur dapat duit raya dari Gomen, dapat la cover2 skit...

Selamat hari semua......

31 Ogos 2010

Merdeka..!!!! Merdeka..!!! Merdeka..!!!

Alhamdulillah, kita menyambut kemerdekaan yang ke-53. Semoga Allah kekalkan rezeki serta keharmonian kat Malaysia nih. Semoga Allah menjahanamkan penjenayah2 jugak...

Post kali ni bukan nak citer pasal merdeka, dah banyak blog2 lain dok bercerita. Esok sure org akan tanya buat aper semalam ko (31 Ogos) ?? Well, this is what i do...

Main hujan + Basuh kereta

Bila kali terakhir korang main ujan?? Best wooo... Korang bagi ujan tu turun dalam 10 minit, then baru korang pi main, sebab biasa yang awal2 tu turun ngan toxic2 dari udara, yang dari bumbung plak turun ngan taik2 burung tu. Tapi kalau badan tak kuat, tok sah lah mandi..

Actually bukan la nak main ujan sangat, alang ujan elok gak pi bersihkan longkang tepi bilik ngan lap lumpur kat kereta tu. Tak membazir air. Enjoy.....


That night, i'm not feeling well la....uhuk..uhuk.....

Telor Dadar Mayonis

Telur dadar jer pun... Tapi yang ni lain skit, kita bubuh mayonis. Wahh... Ni sumer sebab terpengaruh iklah kat tivi la nih. Kebetulan plak Kak Mimi opis tu mengedar sampel mayonis tu siap ngan resepi tu. Terima kasih buat Lynn sebab bagi sampel ngan resepi tu...

Jeng..jeng..jeng...... My 1st time cook for beloved wife. Jadi lah, pelan2. Esok2 masak tom yam plak. Huhuhuhu....

Dia punya rase sama jer cam telor dadar biasa tu, cuma dari segi texture, nampak gebu skit. Kene plak tambah cili, bawang sama daun sup. Memang menyelerakan. Korang try ah...

Bahan2 : Telor, bawang besar, lada besar, daun sup / daun bawang ngan mayonis
Cara2 :
  1. Potong bawang, lada besar, dauh bawang (ikut sedap mata memandang)
  2. Campur semua dengan telor + 1.5 sudu mayonis, kasik pukul sampai bosan. (Mayonis tu takkan sebati ngan telor tu, dia mesti berketul2. Tak per biarkan..)
  3. Then korang goreng la ikut citarasa masing2. (Ader nak separuh masak, ader nak sampai betul2 kering.)

Burpp....Alhamdulillah.....

Google Gravity Trick

Wahahaha......
Tengah bosan2 sambil layan forum, terjumpa google trick nih.... Layan gak la...
Pi www.google.com, taip google gravity then click I'm feeling lucky....
Better pakai Firefox, Google Chrome can lag skit, IE teros tak jalan...
Selamat mencuba..



Aduuuuhaiii..........

Sangap betul la pagi Isnin nih.... Dengan opis yang lengang. Kat department nih dari 19 org tinggal 5 org jer....

Yer la sumer amik cuti combo, hari Jumaat cuti Nuzul Al-Quran, Selasanya pulak cuti 31 Ogos (Merdeka) , tu yang ramai cuti Isnin tu.

Bos pun tak dak . Bosan2 nih, layan mp3 raya syok wo.... Rase nak kemas beg balik kampung. Me hari ni mungkin amik time slip 2 jam pukul 3 nanti kot. Nak amik wife kat PJ then shoot to KLIA. Nak hantar adik balik Russia.

Sekali lagi.......BOOOOSSSAAAAAANNNNN!!!!!!!!!!!!