A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Harga buah potong di kaw Rehat PLUS

Semalam baru balik dari JB. Lama gak tak naik bas perjalanan siang / petang nih. Biasa naik malam jer, memang bas tu tak berhenti. Kalau berhenti pun utk buang air kecik jer.

Nak dijadikan cerita, bas Konsortium ni pun berhenti la kat satu kawasan rehat, kawasan tu cuma ader toilet jer. Ngan ader 2 lori bawa makanan tuh. Hati teringin nak makan buah, buat basah2 tekak, amik la jambu potong dengan pelam. Kasi bubuh skit asam tu.

Paling tak bleh blah harga dia, satu plastik RM1.50, mungkin ader yang kater standard, tapi agak2 la, ader 5 ketul jer pun. Yang pelam tu plak ader la 8 ketul, nipis2 plak tuh. Bila kita cakap "Oit, takkan skit ni RM1.50, sikit jer nih..", dia buat muka toya.... Haram sungguh... Masing2 dah la ala2 "Drogba", panas betul la...

Tiba2 bila dah naik bas, cuba pandang kat bas2 yang lain, then i realize, most of bus kat situ yang berhenti adalah dari Singapore, mungkin tu pasal dia letak harga itu macam. Naik lemak la korang, ini macam, cukup 3 Jumaat berniaga dah boleh angkat MyVi cash....

Baru balik Seminar kat Ganu

Huh....

Tak larat weh.... 4 hari pi Terengganu.. Seminar Pustakawan kat sana... Kebosanan tahap melampau.. Lepak kat Resort Mayang Sari, betul2 depan pantai, tapi tak leh mandi sebab dalam katernya laut kat situ. (Ader laut yang cetek ker???)

1 hari penuh ngan ceramah, tapi sayang tak der satu pun yang dapat di bawa balik utk start keje bagi tahun 2010. Penceramah mantop2, tapi pengisian tersasar jauh la... 2nd day tu ok skit, ceramah dari Prof Szarina, tapi sayup2 jer. Yer la kan, nama pun prof, setiap ayat ader maksud, itu pasal kepala ni berair...

Nak kater berjalan pun idak, nak kater seminar pun, memang la seminar. Rate kalau 10 bintang. Teman bagi 5 jer. Tak per la harap member2 yang lain yang pi dapat la bawa balik aper2 ilmu dari sana.

Kursus Pra-Perkahwinan

Alhamdulillah...


Selesai satu syarat nak nikah - menghadiri kursus pra perkahwinan Islam.

Kursus ni 2 hari jer... biasa Sabtu ngan Ahad la, pukul 8.00 a.m - 5.00 p.m. Harga biaa ar, Rm80 seorang.

Overall memang best, tak der la bosan. Gasak nak ketawa jer. Secara umum, kursusu ni terbahagi kepada 9 ceramah yang disampaikan oleh perceramah yang berlainan. Antara ceramah-ceramah tersebut:
  1. Pengurusan talak, taklik, fasakh & Prosedur Permohonan penceraian / Perkhidmatan kaunseling di Jabatan Agama Islam - awal2 dah citer bab ceraikan...
  2. Akidah dan ibadah dalam Islam
  3. Akhlak dalam rumah tangga dan bentuk hubungan dalam sistem keluarga Islam - yang ni disampaikan org besar ni, imam pertama Masjid Shah Alam
  4. Bentuk2 komunikasi berkesan dalam hubungan suami isteri
  5. Pengurusan kewangan dan masa dalam rumah tangga - ceramah paling tak bleh blah, mengantok...
  6. Pengurusan kesihatan dalam rumah tangga - part2 sex kat sinilah, paling ngilu part video org bersalin, yang ceaser ngan bedah... nak tergoleh kitorg tengok...seram tuh.... sekali dia gunting, rase mual siot....
  7. Perkahwinan dan prosedur permohonan mengikut peruntukan dalam Enakmen Undang2 Keluarga Islam Negeri Selangor tahun 2003 - yang ni borang checklist leh amik kat website JAIS
  8. Pengurusan masalah / Stress dalam kehidupan dan Pengurusan Konflik dalam rumah tangga - bosan skit la part nih
  9. Zakat membawa berkat - time ni pikir nak cepat abih jer, nak sijil
Makan minum suma cukup, sarapan kul 10, makan tengahari ngan minum petang. Part note2 nih diorg tak bagi copy la, so pandai2 la korang catit..

Di akhir program peserta akan terus diberi sijil, simpan elok2, JANGAN laminate...

20 kesilapan Isteri & Suami

Sajer nak share...

Ceramah yang disampaikan oleh Utz Md. Adib Mahyus bin Asmugi , Penolong Pengarah Nahagian Undang2 Keluarga , masa kursus Pra Perkahwinan Islam kat JAIS.

Petikan diambil dari sebuah buku... Tak ingat pulak tajuk buku tu.. Ader 2 jilid, kalau tak silap "20 kesalahan isteri" dan "20 kesalahan suami"...

Tapi antara isi kandungannya...

20 kesalahan SUAMI
  1. xmahu melunaskan hutang mahar
  2. amik balik mahar tanpa kebenaran isteri
  3. mengabaikan belanja isteri
  4. melanggar syarat yang ditetapkan oleh isteri / keluarga
  5. tidak menyediakan tempat tinggal
  6. tidak memenuhi keperluan sex
  7. menjimak isteri dalam haid
  8. bersikap kasar dengan isteri
  9. membiarkan isteri berbuat nusyuz
  10. mengajak isteri membuat dosa
  11. memberi tugas diluar kemampuan isteri
  12. tak adil dalam membahagikan giliran isteri-isteri
  13. mengusir isteri keluar dari umah
  14. meletakkan tanggungjawab suami kepada isteri
  15. tuduh isteri berzina tanpa bukti / saksi
  16. ceraikan isteri tanpa sebab musabab
  17. menganiya isteri
  18. membuka rahsia hubungan dengan isteri
  19. menempatkan isteri serumah dengan iparnya yang lelaki
  20. tak beri nafkah dalam masa iddah isteri
20 kesalahan isteri

mengabaikan suami .1
menentang arahan suami .2
enggan memenuhi keperluan sex .4
tak nak temani suami tidur .5
memberatkan beban belanja suami .6
tak nak bersolak untuk suami .7
merosakkan kehidupan agama suami .8
mengabaikan kepentingan suami .9
melarikan diri dari umah suami .10
keluar rumah tanpa izin suami .11
terima tetamu lelaki yang tidak disukai suami .12
tak tolak dari disentuh lelaki lain .13
tak mahu merawat suami ketika sakit .14
puasa sunat tanpa izin suami ketika suami di rumah .15
menceritakan bentuk fizikal lelaki lain pada suami .16
menolak kedatangan suami pada gilirannya .17
mentaati org yang di rumah suaminya .18
suruh suami menceraikan madunyameminta cerai pada alasan yang benar .19
mengambil harta suami tanpa izin .20

Moga dijadikan panduan kehidupan kita sebagai suami isteri...bakal pun boleh juga...

Pecah tabung 2009

Ni kira aktiviti time tak der keje kat opis... Bukan lah tak der keje, ader.... cuma tak der feel la nak buat...

Nak katalog buku, order tak sampai lagi.... Pusing2 sekali ternampak tabung unta kat blakang tuh. Tu semua simpanan sepanjang 2009, tak banyak pun sebab biasanya bawa balik umah. Kat umah pun ader satu lagi tu.. Itu lagi banyak... Tapi korang punya lagi banyak kot...

So bermula la aktiviti teka meneka, di sertai member pustakawan kat opis... Letak la berapa anggaran korang. Korang bleh tengok dlu duit tu dilonggok. Survey yang dikumpul adalah berikut:
  • Aku - RM13
  • k. Mimi - RM20
  • k. Diana - RM25
  • Lin - RM15
  • k. Yati - RM23
  • Zue - RM20
Resultnya..............RM25.05 >>>>>>>>>>>>> Kak Diana paling tepat... tahniah... hadiah tunggu bonus ujung tahun...huhhuh...