Selesai satu syarat nak nikah - menghadiri kursus pra perkahwinan Islam.
Kursus ni 2 hari jer... biasa Sabtu ngan Ahad la, pukul 8.00 a.m - 5.00 p.m. Harga biaa ar, Rm80 seorang.
Overall memang best, tak der la bosan. Gasak nak ketawa jer. Secara umum, kursusu ni terbahagi kepada 9 ceramah yang disampaikan oleh perceramah yang berlainan. Antara ceramah-ceramah tersebut:
- Pengurusan talak, taklik, fasakh & Prosedur Permohonan penceraian / Perkhidmatan kaunseling di Jabatan Agama Islam - awal2 dah citer bab ceraikan...
- Akidah dan ibadah dalam Islam
- Akhlak dalam rumah tangga dan bentuk hubungan dalam sistem keluarga Islam - yang ni disampaikan org besar ni, imam pertama Masjid Shah Alam
- Bentuk2 komunikasi berkesan dalam hubungan suami isteri
- Pengurusan kewangan dan masa dalam rumah tangga - ceramah paling tak bleh blah, mengantok...
- Pengurusan kesihatan dalam rumah tangga - part2 sex kat sinilah, paling ngilu part video org bersalin, yang ceaser ngan bedah... nak tergoleh kitorg tengok...seram tuh.... sekali dia gunting, rase mual siot....
- Perkahwinan dan prosedur permohonan mengikut peruntukan dalam Enakmen Undang2 Keluarga Islam Negeri Selangor tahun 2003 - yang ni borang checklist leh amik kat website JAIS
- Pengurusan masalah / Stress dalam kehidupan dan Pengurusan Konflik dalam rumah tangga - bosan skit la part nih
- Zakat membawa berkat - time ni pikir nak cepat abih jer, nak sijil
Di akhir program peserta akan terus diberi sijil, simpan elok2, JANGAN laminate...
0 komen:
Post a Comment