A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Harga buah potong di kaw Rehat PLUS

Semalam baru balik dari JB. Lama gak tak naik bas perjalanan siang / petang nih. Biasa naik malam jer, memang bas tu tak berhenti. Kalau berhenti pun utk buang air kecik jer.

Nak dijadikan cerita, bas Konsortium ni pun berhenti la kat satu kawasan rehat, kawasan tu cuma ader toilet jer. Ngan ader 2 lori bawa makanan tuh. Hati teringin nak makan buah, buat basah2 tekak, amik la jambu potong dengan pelam. Kasi bubuh skit asam tu.

Paling tak bleh blah harga dia, satu plastik RM1.50, mungkin ader yang kater standard, tapi agak2 la, ader 5 ketul jer pun. Yang pelam tu plak ader la 8 ketul, nipis2 plak tuh. Bila kita cakap "Oit, takkan skit ni RM1.50, sikit jer nih..", dia buat muka toya.... Haram sungguh... Masing2 dah la ala2 "Drogba", panas betul la...

Tiba2 bila dah naik bas, cuba pandang kat bas2 yang lain, then i realize, most of bus kat situ yang berhenti adalah dari Singapore, mungkin tu pasal dia letak harga itu macam. Naik lemak la korang, ini macam, cukup 3 Jumaat berniaga dah boleh angkat MyVi cash....