A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Air Balloon 2010 Putrajaya



Alhamdulillah....

Dapat juga berjalan minggu nih. Sajer release tension buat kerja. Ctually kebetulan besdey my fiancee today. So sajer buat suprise kat dia. Semoga dia heppy.

So this is my comment and story bout the event. So far, best sangat2, lagi pun sebelom ni tak pernah pergi.


Park motor kat Putrajaya Central, sebelah Hospital Putrajaya, then naik bas shuttle dari sana. Sebab tak tau jalan kat Putrajaya tu. Rupanya dekat jer dari situ. Tak per, sajer dok berjalan, tak yah la pikir2 nak cari park la. 50 sen jer pun. Peserta giler ramai, tok sah citer lah. Time tu baru pukul 10. Serius punya ramai.

Sampai2 jer, ader satu belon dah naik. Ader juga peserta yang baru sampai, tapi rasenya tu peserta untuk sesi petang.

Ni fasa masa diorg tiup belon tu. Mula2 tu pakai angin jer. Dah naik skit baru pakai gas. Tak terbakar ker kanvas tu. Dekat sangat api dia ngan kain yang belah bawah tu.

Sedih la gak, tiket dah abih. Yang datang lebih 100, 000 orang. Belon sekali naik ader la 3 biji. dah tu, setiap kali naik 2 - 5 orang jer. Mana la tak penuh. Sekali naik Rm10, tapi tak der la belon tu bergerak sana sini. Naik sat jer, untuk tengok pandangan Putrajaya. Lagipun dia dah tambat belon tu.

Aktiviti lain banyak juga. Ager PS3 games tournament. Game Pro Evolution 2010 dengan aper ntah. Lumayan gak hadiah dia. Lepas tu ader juga aksi kawalan jauh helikopter. Rasenya pertunjukkan ni lagi gempak dari yang lain2. Diorang boleh buat helikopter tu menari2. Hebant sangat.

Permainan basikal pun ader. Tapi nampak macam basikal orang cacat. gambar tegah tu belon yang ader orang dalam dia. Budak2 jer la naik, karang bocor pulak kalau org dewasa naik. Satu lagi sukan extream bola besar. 2 orang masuk dalam tu, kemudia dia guling2 sampai ke bawah. Jangan muntah dalam tu sudah. nampak macam hamster pun ader gak orang dalam tu.


Bab tandas sedih sikit. Jenis portable toilet. Sisa buangan sumer masuk dalam tabung. Aduh loya pulak tekak nih. Kalau rajin pi la surau yang berdekatan. Selesa skit. Makan macam2 ada. Dari yang goreng2 sampailah yang fast food. Kfc, Pizza Hut, Rasa Mas ngan Starbuck pun ader. Diorg datang naik lori diorang tu la.


Akhir sekali sebelom balik, bawa lah my fiancee round kawasan berdekatan. Masjid Putrajaya dengan Jabatan Perdana Menteri. Banyak lagi tempat2 best kat Putrajaya tu, tapi lain kali lah. Edisi akan datang.

Trajedi seram..


Benda ni jadi kat rumah tunang kat Puchong...

Kipas siling jatuh.... Jatuh betul2 kat atas meja makan... Cuba korang bayangkan, kalau ader orang tengah makan... Bayangkan juga kipas tu tengah berpusing, tak yah amik laju2, amik nombor 3 jer...

Tak tau lah nak salahkan saper, orang yang buat rumah ker, atau orang yang pasal kipas ker. Syukur sangat2 time tu tak der orang makan kat meja tuh..

Budak yang pasang ader lagi kat kampung tu, cuma dia skang tak keje dengan company yang pasang kipas nih. ade ker patut dia paku jer kat siling... Tak ker mangkuk tu... Tapi pelik jugak, mana hook ceiling tuh?

Maksudnya tempat gantung kipas memang tak ader, kalau dah tak ader, yang dia pi pasang juga kipas kat situ aper kes???

Yer la, benda dah jadikan, 3 tahun gak la dia amik masa nak jatuh...

Proton Emas

Damn nice....


Giler admired la design dia. At last, got something huge and futuristic from them. 2012 huh production, agak2 biler leh dok atas jalan kat Malaysia nih...???

Cadang baru nak amik Saga. Klu 6 tahun, abih bayar 2016. Hish, takkan tak abih bayar lagi nak tukar keter. Tak per, asal dapat tengok org lain pakai kat atas jalan pun jadi la.. Tumpang bangga jadi anak Malaysia.

Di harap dengan model yang baru nih, tertutup la sikit2 mulut orang yang tak abis kondem proton. Lu ader duit lebih, pi amik amik keter import sana...Dok bising aper...

“I’ve told the Proton people that I’d like to see the car out in a year, but they tell me they need more time,” Dr Mahathir said. - Sos

CheDet pun excited nampak....Really proud of Proton....


Tu yang sampai wallpaper pun kasi tukar ini kereta... Korang amik la kat NetcarShow.com. Macam2 resolution + angle ader

Btw, usha lebih kat Paultan.com ok...

Harga buah potong di kaw Rehat PLUS

Semalam baru balik dari JB. Lama gak tak naik bas perjalanan siang / petang nih. Biasa naik malam jer, memang bas tu tak berhenti. Kalau berhenti pun utk buang air kecik jer.

Nak dijadikan cerita, bas Konsortium ni pun berhenti la kat satu kawasan rehat, kawasan tu cuma ader toilet jer. Ngan ader 2 lori bawa makanan tuh. Hati teringin nak makan buah, buat basah2 tekak, amik la jambu potong dengan pelam. Kasi bubuh skit asam tu.

Paling tak bleh blah harga dia, satu plastik RM1.50, mungkin ader yang kater standard, tapi agak2 la, ader 5 ketul jer pun. Yang pelam tu plak ader la 8 ketul, nipis2 plak tuh. Bila kita cakap "Oit, takkan skit ni RM1.50, sikit jer nih..", dia buat muka toya.... Haram sungguh... Masing2 dah la ala2 "Drogba", panas betul la...

Tiba2 bila dah naik bas, cuba pandang kat bas2 yang lain, then i realize, most of bus kat situ yang berhenti adalah dari Singapore, mungkin tu pasal dia letak harga itu macam. Naik lemak la korang, ini macam, cukup 3 Jumaat berniaga dah boleh angkat MyVi cash....

Baru balik Seminar kat Ganu

Huh....

Tak larat weh.... 4 hari pi Terengganu.. Seminar Pustakawan kat sana... Kebosanan tahap melampau.. Lepak kat Resort Mayang Sari, betul2 depan pantai, tapi tak leh mandi sebab dalam katernya laut kat situ. (Ader laut yang cetek ker???)

1 hari penuh ngan ceramah, tapi sayang tak der satu pun yang dapat di bawa balik utk start keje bagi tahun 2010. Penceramah mantop2, tapi pengisian tersasar jauh la... 2nd day tu ok skit, ceramah dari Prof Szarina, tapi sayup2 jer. Yer la kan, nama pun prof, setiap ayat ader maksud, itu pasal kepala ni berair...

Nak kater berjalan pun idak, nak kater seminar pun, memang la seminar. Rate kalau 10 bintang. Teman bagi 5 jer. Tak per la harap member2 yang lain yang pi dapat la bawa balik aper2 ilmu dari sana.