A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Microsoft Office 2010 - Office 14

Woho0...Opis datang lagi dengan keluaran baru. Sengal la, convert la iWork kat Mac tu pi Windows base.

Tak banyak pembaharuan, just dari segi warna dan sedikit kat user interface. Paling menarik, loading sangat2 cepat. Terbaik tu...

Senarai application dalam Microsoft Office Plus 2010 edition ini adalah

1. Access 2010,
2. Excel 2010,
3. InfoPath 2010,
4. OneNote 2010,
5. Outlook 2010,
6. PowerPoint 2010,
7. Publisher 2010, and
8. Word 2010.
9. Project Professional 2010,
10. SharePoint Designer 2010 and
11. Visio Professional 2010




My 1st preview kepada software ni ader kat sini

Oh, btw, nih Movie Office 2010.....

Hari-hari dalam Islam

||Jumaat||

Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.

||Sabtu||

Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

||Ahad||

Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.

||Isnin||

Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.

||Selasa||

Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

||Rabu||

Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.

||Khamis||

Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

Sirap Bandung Soda - Failed

Tetiba pulak tekak ni teringin nak minum air sirap bandung soda. Nak beli kat Shah Alam ni tak der... Last2 gagah gak la beli barang2, nak try buat sendri...

Last minum masa keje kat Creative, time pusing satu Malaya nih. Itu pun ngecek member punya. Kat Muar klu tak silap...

Bahan2 yang digunakan:

  1. Ais-Krim soda F&N
  2. Sirap
  3. Susu pekat / susu cair
  4. Air masak


Tapi tak jadi la, awat susu tu berketul2 huh??? Aduh... ader yang tak kene nih, ker sebab ais-krim soda tu bergas... Tak per, minggu depan kita cuba lagi yer...



Mana nak cari kedai jual air ni huh???

1TB HDD

Harlu...


Tambahan terakhir kepada rig baru aku. 1TB Seagate HDD.

Erm pasni boleh la copy semua movie2 kat opis ngan kat hdd2 lain tu. Beratus gak la... Tengoknyer tak gak. Tak menyempat la... Wei klu korang nak copy movie, dtg umah la, bawa hdd masing2..

Memandangkan capasiti hdd nih besaq sangat. So aku dah partitionkan dia kepada beberapa bahagian.

Seperti yang di rancang. Rig baru aku di sokong Windows 7. Overall ok la klu nak banding ngan vista tu. Directx 11. Tapi tak nampak la perbezaan dia. Review kat web pun kurang. Rasenya ni still directx 10 cuma rename jer kot... Bill Gate, citer la skit..



Syukur, dapat gak aku build rig yang aku idamkan, Berkat menabung. Korang pun start menabung la yer...

Pra Gathering iS221



Sabtu + 9 May 2008 + 8.30

Pra gathering, erm... itu kot nama yang sesuai utk projek ni. Actually tak sangka plak korang sumer turun... Thanks wei, caya lah...

Kepada dak2 IS yang lain, actually ni gathering kecik jer. Bukan tak nak jemput semua, jangan amik hati yer. Nanti lain kali kita plan betul2...

Pasni, klu kita nak gathering, kita wat kat KFC seksyen 13 ok..... Amacam, setuju..??







Abe, Sepot, Aini, Redza, Izdi, Apek, Kerol & Ujang...

Selamat Hari Jadi emak.....!!!








It’s your birthday, Mom.
So I will raise a cheer.
For without you, wondrous person,
I would not be here.

Yes, I owe it all to you, Mom.
From the time that I was small,
You encouraged me in everything,
And tried not to let me fall.

Throughout my life your caring,
Brightened each and every minute.
You loved me and enriched my life,
And I’m so glad to have you in it!

p/s: moga allah panjangkan umur mak, murah rezeki, dan kesihatan yang berkekalan.. amin... (from: along, aina, jat, ipah, ijah & afiq)

Selamat Hari Jadi Abah.....



Myspace Comments

7 MAY 2009*
12 Jamadilawal 1430H*
Rabu




Anyone can be a father,
but it takes someone special to be daddy
I'm just as blessed as I can be,
for the world's best Dad belongs to me
The greatest gift I ever had came from God, I call him Dad!
Dad's are the treasures of the world!
Dad dreams, he plans, he struggles that we might have the best,
His sacrifice is quiet,his life is love expressed.
For always being there to care, always trying to be fair,
for every piece of good advice, for every quiet sacrifice,
most of all for being you,
Thanks Dad!

p/s: moga allah panjangkan umur abah + murah rezeki + kesihatan berkekalan..amin...
(dari along-aina-aizat-jijah-ipah-afiq)

8C sebab Suami kurang senang ngan Isteri

Untuk di kongsi bersama teman2 8C SEBAB SUAMI KURANG SENANG DGN ISTERI
dari Dr Fadzilah Kamsah


C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Kursus Induksi 124/09 @ Kg. Gajah


Yeh...
Akhirnya tamat juga kursus induksi nih.. 15 hari beb tak masuk opis. Silap2 dah tak ingat dah aper keje yang biasa kita buat. Dengar2 akan datang ni nak buat 7 hari jer. Tak tau la cemaner pack program tu nanti.

Line up your team... Ni lah team2 yang terlibat dengan Kursus Induksi Bil 124/09 nih. You are the best...




I wish, kita semua tak lost contact. Masing2 dapat salinan contact number kan. Email pun cukup la.. Kepada warga MPM, jangan dok senyap jer. Ok.. Kita semua under satu kumpulan. Badan berkanun... Just remember me... "Da Flag Man"



- B S U R S I C U B 4 -

Alhamdulillah...

AKhirnya dapat gak graphic card nih... Actually GTS 250 ni rebrand dari 9800GTX+. Jenama Gigabyte jer yang termampu...

Performance not bad la, nak banding ngan GC lama... Contoh klu game NFS Undercover tu. Sumer setting up maximum. No lagging. Boleh tahan la...

Harga aku dapat RM565. Ni kira paling murah la aku dapat kat lowyat tu. So, tinggal satu jer lagi barang upgrade pc, tunggu gaji bulan depan kot, atau start kumpul skit dari skang...

Aktiviti

Most of time, aktiviti korang dengar ceramah jer. Memang sangap gila. Cuma baru2 nih, malam tak der kelas. So boleh la korang rehat atau wat assignment yang diorg bagi. Saya pecahkan program rutin program induksi ni kepada beberapa pecahan:

  • Nyanyi Lagu kebangsaan + Wawasan 2020
huh, yang ni dah jadi satu kewajipan. Ikut penghulu korang. Klu dia nak korang nyanyi lagu lain, follow sajer..



  • Ceramah
Yang ni kira aktiviti major. Memang korang pi sana utk dengar ceramah jer. Yang datang sumer yang mantap2. I mean bijak2. Klu korang ta paham, korang tanya jer. Tapi ader gak penceramah yang bagi talk kuar tajuk.
  • Latihan Dalam Kumpulan
Biasa la. LDK nih mesti ader punya. Enjoy jer. Tapi korang kene wat cepat. MAsa suntuk sangat. Sebelom pi, dicadangkan korang ready nama kumpulan, logo, lagu. So kat sana just present kat ahli kumpulan jer.


  • Individu/Group Assignment
Jangan ingat nak rilek jer. Assignment pun ader. Dia ader bagi buku kerja. Korang kene catiti aper yang penceramah bagi talk. Tapi caya lah. Mesti ader member2 korang yang dah ader sumer jawapan tu. Diorg minta kat batch yang lepas2.
  • Pengucapan Awam
Ni anta aktiviti individu yang wajib. Tajuk akan diberi berdasarkan tajuk2 yang korang dengar ceramah tu. Tok sah present panjang2, hanya 5 minit diperuntukan. Diorg nak tengok cara korang present. Tu jer..


  • Persembahan Kumpulan
Erm, kadang pas LDK ader presentation kumpulan. Kenalkan kumpulan korang. Ade la wat menara impian pakai straw la. Macam2 la. NAnti malam dinner pun ader persembahan kumpulan gak. Korang pakat2 la nyanyi ker, lakon ker, berpantun ker atau nari jer ramai2..


  • Malam Dinner
Ni malam last korang nak enjoy. Esoknya satu hari free, tapi kene hantar semua assignment ngan ready exam lusanya tu. Malam dinner ni pun akan diatur eleh korang sendri. Nanti penghulu akan bahagi2 tugas. Ala, makan order kat dining jer pun. Pastu ader la skit kutip duit. Nak lagi baget, potong la makan malam (supper) utk 3 malam last tu.



Kemudahan

Mudah tak mudah la gak... Tapi ok lah, boleh la wat survive dalam 15 hari nih.. Basically semua ada.. Cuma kalau nak mewah2 tu tak dapat la..

  • Rumah
Rumah ader 2 kumpulan. Wawasan dan warisan. Wawasan ni bangunan baru, kaler biru. Villa Wawasan ni tak der hal. Memang selesa. 1 bilik 2 org. Tapi bilik air kongsi ngan bilik sebelah. Biasa girl yang dok situ. Sebab kat villa warisan tu banyak "mambang". Saper yang kene villa warisan memang sakit. Jauh gila dari kelas. Jauh satu hal, jalan cam haram. Merentasi padang jarak padang terkukur.


Villa Wawasan


Villa Warisan
  • Makmal Komputer
Makmal komputer pun ader. PC terhad. Printer lazer itam putih jer. Free jer. Ader 2 makmal. Connection internet pun ader. Tapi paham2 jer la, Kawasan kg. Masalah besar bukan connection tapi pc tu sendri. Diorg tak wat maintenance la... Lembab gila..
  • Koperasi
Klu nak cari supermarket jauh. Kat dalam tu ader la koperasi. Bayar sendri2. Jujur masing2. Harga sumer dah ader,korang masukkan jer duit dalam tabung dia.



  • Masjid / Surau
Kat dalam tu ader surau. Imam sama bilal korang pandai2 la lantik di kalangan peserta induksi. Gilir2 la. Masjid ader kat luar, dalam 1km dari pusat latihan. Bas di sediakan utk solat Jumaat.



  • Kawasan Persekitaran
Seperti yang telah di mention tadi. Kawasan dia agak luas. Pokok tak banyak. Rumah antara satu sama lain jauh2. Aper2 jadi kat dlam umah tu belom tentu jiran tau..



  • Kemudahan Rekreasi
Court badminton ade. Nak berbasikal pun ader. Tapi tak boleh keluar dari kawasan latihan. Klu saper2 nak main indoor macam congkak, snooker, gym, sumer tu ader. Nak lepak kat wakaf pun boleh..