A story about what i do in these whole life.. 1984 -

Aktiviti

Most of time, aktiviti korang dengar ceramah jer. Memang sangap gila. Cuma baru2 nih, malam tak der kelas. So boleh la korang rehat atau wat assignment yang diorg bagi. Saya pecahkan program rutin program induksi ni kepada beberapa pecahan:

  • Nyanyi Lagu kebangsaan + Wawasan 2020
huh, yang ni dah jadi satu kewajipan. Ikut penghulu korang. Klu dia nak korang nyanyi lagu lain, follow sajer..



  • Ceramah
Yang ni kira aktiviti major. Memang korang pi sana utk dengar ceramah jer. Yang datang sumer yang mantap2. I mean bijak2. Klu korang ta paham, korang tanya jer. Tapi ader gak penceramah yang bagi talk kuar tajuk.
  • Latihan Dalam Kumpulan
Biasa la. LDK nih mesti ader punya. Enjoy jer. Tapi korang kene wat cepat. MAsa suntuk sangat. Sebelom pi, dicadangkan korang ready nama kumpulan, logo, lagu. So kat sana just present kat ahli kumpulan jer.


  • Individu/Group Assignment
Jangan ingat nak rilek jer. Assignment pun ader. Dia ader bagi buku kerja. Korang kene catiti aper yang penceramah bagi talk. Tapi caya lah. Mesti ader member2 korang yang dah ader sumer jawapan tu. Diorg minta kat batch yang lepas2.
  • Pengucapan Awam
Ni anta aktiviti individu yang wajib. Tajuk akan diberi berdasarkan tajuk2 yang korang dengar ceramah tu. Tok sah present panjang2, hanya 5 minit diperuntukan. Diorg nak tengok cara korang present. Tu jer..


  • Persembahan Kumpulan
Erm, kadang pas LDK ader presentation kumpulan. Kenalkan kumpulan korang. Ade la wat menara impian pakai straw la. Macam2 la. NAnti malam dinner pun ader persembahan kumpulan gak. Korang pakat2 la nyanyi ker, lakon ker, berpantun ker atau nari jer ramai2..


  • Malam Dinner
Ni malam last korang nak enjoy. Esoknya satu hari free, tapi kene hantar semua assignment ngan ready exam lusanya tu. Malam dinner ni pun akan diatur eleh korang sendri. Nanti penghulu akan bahagi2 tugas. Ala, makan order kat dining jer pun. Pastu ader la skit kutip duit. Nak lagi baget, potong la makan malam (supper) utk 3 malam last tu.



0 komen:

Post a Comment