A story about what i do in these whole life.. 1984 -

myHummingbird Besdey....







Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Baizura...
Allah selamatkan kamu




Undi Bumi = Earth Vote



Actaually event ni adalah bagi menyatakan sokongan anda terhadap isu pemanasan global. Maksudnya, pada 28hb nih, klu anda biarkan lampu terpasang, bermaksud anda menyokong pemanasan global. Pendek kata, anda memang nak bagi bumi nih jahanam la akibat pemanasan global...

28hb tu adalah pada pukul 8.30 sampai 9.30, satu jam jer. Saper yang dah married, time nih la nak wat suprise kat pasangan masing dengan mengadalah candle light dinner... Amacam, penah buat tak, buat la sekali sekala, bagi mengeratkan hubungan kasih sayang... (yang blom kawen tok sah wat benda pelik2 ok...)

Keputusan vote nih akan di bawa ke Global Climate ChangeConference kat Copenhagen tahun nih. Menurut sumber, ia bagi membentangkan kepada semua world leader akan permasalahan nih serta menambahbaik Perjanjian Kyoto.

Anyway, tak rugi pun klu join. Untuk bumi kita yang satu nih...

http://www.voteearth2009.org/home/

Pokcik jatuh motor...

Aduhai......org lain menang motor, aku jatuh motor plak...

Tanggal 18 MArch 2009 ni antara tarikh yang mungkin tak akan dilupakan.. Ni lah kali pertama aku jatuh motor... Rilek2... tak terok pun.. luka2 and bengkak2 skit. Itu tandanya seorang rider.. hahahah....

Sebab kejatuhan adalah kerana ujan, jalan licin. Memang tak leh wat aper. Motor tu dah dah terpusing. Aku tak salahkan jalan atau ujan atau tayar. Tapi diri sendri. Sebab mungkin aku terlaju.

Aku nak nasihatkan kat sumer rider kat luar tu. TAk kesah la korang pakai tayar TT900 ker, dunlop ker Duro ker, tu sumer bukan jaminan korang leh bawa time ujan. Caya lah, klu kedai tu cakap tayar tu leh bawa time ujan, korang tampor dia 8 kali. Tayar2 tu semua actually membantu bila korang amik lap atau highway, tu pun time jalan kering. Ingat tu..

Lagi satu bila korang terlibat ngan accident cam nih, bila korang bangun, JANGAN LUPA, enjin motor belom mati dan kemungkinan dalam gear lagi. So klu korang yang tengah ting tong terpulas minyak, jawabnya melambung la motor tu. Ok... bila jatuh, cuba cari arah yang kurang bahaya, aku tau tak masuk akal sebab tengah jatuh, tapi korang sempat scan kedudukan korang samada kat tengah jalan ker, tepi ker, blakang lori ker, sumer2 tu la.. Supaya, peluang cedera parah tu kurang..


kecederaan pada motor ku...

Dalam kes aku nih, motor calar skit, org pun sama. Kaki bengkak skit. Handle motor lari skit. Hantar kedai, tayar, stabilizer, compress fork ngan tukar minyak fork. Sumer makan dalam RM280. Terpaksalah berpuasa utk bulan depan...

erm, tayar kasik tukar, fork kasik compress balik..


actually, malam tu aku dah dapat hint dah. Jam dinding aku jatuh berderai, bilik terkunci, kunci motor yang aku gantung jatuh. Tu sumer supaya kita beringat..

Semoga pejalanan rider2 kat luar sana dilindingi Allah pergi dan balik, amin...

Amer ^ Lina



Tahniah Mer, lina ko pun tahniah gak dari aku ngan Bye. Aku tau, ko nak tanya aku bila plak kan. Bulan 8 tahun depan...jika diizinkan...

Minta maap kitorg tak dapat mai. Ko pun paham kan...

Yang aku heran nih, mana tengkolok ko...???? Stokin pun tak pakai... HAhahahaha....

izura-garden

Design Logo Blog DuniaMoto

Harlu....

Erm, memandangkan saudara Maos sudi menyediakan hadiah, jadi saya pun terpanggil la nak join wat design logo blog dunia moto nih. Nk kater reti memang tak reti langsung la. Tapi nak try gak, mana tau kot2 di terima. RM100 masuk poket. Saya pun tengah kumpul duit nih nak beli pc baru...

Korang leh usha kat Blog DuniaMoto nih kat artikel "Bina Logo dan Tagline DuniaMoto". Moderator blog nih adalah saudara Wira.

Memandangkan Sabtu / Ahad nih free, so leh la try design pelan2. Tarikh tutup 23 Mac 2009. Saper2 yang dah siap design tu leh la email ke duniamoto@gmail.com

Dah, jom mendesign...

Kentut & Personalitinya..

1 . ORANG YANG TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain

2 . ORANG GOBLOK
Orang yang menahan kentutnya berjam jam

3 . ORANG YANG BERWAWASAN LUAS
Orang yang tahu bila harus kentut

4 . ORANG SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut

5 . ORANG YANG MISTERIOUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tak ada yang tahu

6 . ORANG YANG GUGUP
Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut

7 . ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum

8 . ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain

9 . ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri

10. ORANG YANG STRATEGIK
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak agar tidak didengari oleh orang lain

11. ORANG YANG BODOH
Orang yang kalau habis kentut, menghirup nafas untuk menggantikan agin yang keluar

12. ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sedikit sedikit sampai bunyi "tit - tit - tittttt"

13. ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya

14. ORANG YANG RAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain

15. ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
Orang yang selalu kentut sembunyi

16. ORANG YANG AKUATIK
Orang sering kentut dalam air sampai sering berbunyi "blekutuk - blekutuk - bloop -bloop"

17. ORANG YANG ATHELETIK
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman

18. ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut

19. ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang

20. ORANG YANG ROMANTIS
Orang yang sering memuji muji kentut pasangannya tu pilih yg mana suka

Anda tergolong kumpulan yang mana????

Result SPM dah kuar


Wah... hari ni result SPM kuar yer... Aper cer korang punya result..

Afiq dapat berapa Fiq (adik aku)???? Asal sumer lulus sudah la, tak dapat hadiah yang along janji tu aper ader hal. Kumpul sendri jerk....

Anyway, tahniah sebab dah wat yang terbaik (btul ker yang terbaik). Tak semestinya org yang SPM nyer cemerlang hidupnya senang. Actually dia lagi tekanan, sebab org dah tau dia pandai, so akan datang klu dia wat slack, parah la dia... Tak ker tekanan tu...

Tak yah tengok jauh2, along sendri dlu pekser sentiasa top 10 dari bawah. Tapi bila dah masuk U, boleh jer ubah. Terrer komputer, keje gomen, kumpul duit banyak2. Tu sumer boleh ubah... Pada along, pegang benda nih btul2:
  1. JANGAN MEROKOK
  2. PILIH KAWAN BTUL2
Kita tengok lagi contoh si genius matematik tu. Yang dak pompuan tu, last2 jadi pelakon lucah. Per kejadahnya... Hidup ni bukan ditentukan kertas sekeping tu. Macam-macam leh jadi, klu minat kat satu tu, tumpu yang tu jer, jadi pakar, bru org tengok... Biasa org akan cakap cam ni.. "bukan ker dia ni dlu dak sengal tu, awat dia leh dapat keje kat situ???". Lebih kurang cam tu la..

Btw, apply UiTM, pilih la kos yang btul, yang minat. Yuran pun murah, environment pun ok. Jangan amik shah alam, amik cawangan. Shah alam ni padat, kos hidup pun tinggi... OK..

Sticker mania

Uh....


Cuti maulud nabi yang lepas, saya balik Penang. Time jalan kat kat lorong kulit / road walk, tertarik plak nak usha2 sticker kat situ. Biasa memang tak tangkap sangat sebab tak minat. Gila banyak gak la design dia. Rambang mata..

Sajer usha sticker yamaha ngan lebah. Yang lebah tu design yang saya nak tu tak der, design lain ader la. Harga boleh tahan la, klu kat uptown shah alam tu, mau sekali ganda dari harga kat sini..


Dia jual dari van jer, muka tokey ni agak ketat. So klu ader hati nak tawar menawar, lupakan jer la. Kedudukan dia btul2 kat pintu masuk tengah pasar tu..



Ni lah sticker yang aku beli, tapi sayang, sumer tak boleh pakai sebab tak kene ngan motor aku, yang logo tu terbesar sangat la plak. Yang silapnya, motor kaler merah, sticker pun merah, mana jadi bang....

Tak pe, next time lebih berhati2 dalam memilih..

Cover Ekzos [D.I.Y.]

Harlu...

Hah, yang ni org tak tau pasal motor pun leh pasang sendri... Cari la skru driver yang besaq skit. Bukan aper, takut rosak bunga skru tu. Lagi satu, skru tu dah lama kat situ, biasanya agak berkarat la, that's why so hard to open.



erm, cover ekzos carbon. benda ni mana2 pun leh dapat, sentul confirm ader. harga aku tak sure. biasa around RM30 keatas la... saper dapat bawah RM30 tu, rezeki. murah sangat la tu. kat seksyen 17 lagi la. diorg cakap belas2 jer. tapi bila tanya mana, diorg jawab, sudah abih...


erm, ingat pkai skru driver besar. senang korang nak pulas nanti. klu nak harap skru driver bawah sit tu, macam aku makan bertahun gak la nak buka sebab licin + pendek. jahaman bunga skru tu.. (eh, tu perut aku ker)



klu nak nampak cantik, cari la skru yang ader kaler2. tak nak pun tak per. aku ni sajer gatal tangan. pki cover skru plat number tu pun boleh. Rm2 jer...

Tapi lepas pasang nih, aku terasa "tak cantik" la. sebab design tu carbon, part yang lain plain jer. Aduh la.... Klu korang pandai cari, dia siap ader jual yang berkaler punya satu set ngan yang cover depan dia skit tu... Yang aku jumpa kaler kuning...

Jadi selamat bermodified....Majulah sukan permotoran negara

p/s: pasni mat2 copet mesti aim moto korang la. sedangakn yang cover yang asal dlu tu pun aku punya ader org nak curi, cuma diorg tak dapat nak buka skru atas...

Bulan senaman


Halo....

Kita ni umur makin meningkat, penyakit macam2 ada kat bumi nih. Jadi antara langkah yang boleh kita amik ialah "bersenam"... Ala, tak lama pun. Amik la dalam 1/2 jam ker. Lepas waktu opis tu buat la. Macam2 eh boleh buat. Cuma nak tak nak jer nih...

Kene plak klu kat satu2 organisasi tu, dia sediakan gim. Lagi la. Selain bersenam, ader la "benda2" lain boleh "dihayati".... Hahahahaha.... Hish, kene betulkan niat tu. Baru tuhan tolong...

Target bulan ni tak besar, just nak turun kepada 65kg dan berlari 2km dalam 10 minit....


ni baju senaman yg ditaja oleh Giant sempena potongan harga GP... RM6 jer sehelai. Setiap warna bermaksud hari senaman..

siap pakai bengkung lagi... hahaha....

p/s: Gym UiTM ader sauna wei... Jom layan...

ok lah, Majulah Sukan untuk Kesihatan

Salam Maulidur Rasul


Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

ingat tak lagu nih. saya nyanyi masa tadika kemas kat kg kurnia johor. masa tu cikgu ramlah ngajor ngan mak minah sebagai tukang masak. teringat kat bubur mak minah tu. kami 6 adik beradik sekolah tadika kat situ kan. semoga kedua-dua insan ini berada dalam keadaan sihat walafiat....amin...

Mari mita menghayati kisah2 kehidupan Nabi Muhammad s.a.w dan kita ambil sedikit amalan yang baginda lakukan seperti doa2, perilaku semoga kita semua mendapat syafaat daripada baginda kelak...insya allah

Rape using Coke + Ajinamoto



Erm, i'm not sure either this email is hoax or it true...

They said that this method was used by a rapist (Canny Ong murder) to make the victim felt dizzy.

Coca-cola + ajinomoto/monosodium glutamate will produce a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim

Anyway, girls out there, make sure DO NOT accept an offer of drink from strangers, even from people you know because who know, anything can happen...

But if they, offer an ABC, hehehe....layan sudah....

Another thing, i f you really want to get faint, just faint in the middle of crowded people. More secure in term of sexual abuse but unsecure in term of thief.....

5 Don't when U sleep


1 - DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.

2 - DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.

3 - DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first.

4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.

Lastly.....

5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND
You may never wake up again. : )


Come, sleep with me... hahahahaha.....

My 25 Birthday....

glitter graphics

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umuqku sehingga ke tahun 25 nih.. Syukur...

Actually tak der la best sangat sambut besdey nih. Mungkin sebab dah dibesarkan ngan cara tu. Ader org siap sambut, siap wat party. Bagus la tu, kita sedekah wat makan2.

Dia paling best bila, sumer wish, member2 ngan family... Biar lambat atau terawal, dari langsung tak wish... Thanks semua... I love you all... oh, special thanks gak kepada kelab Putra PTAR sebab wat majlis masa besdeyku. (Sebenarnya kebetulan ngan majlis persaraan En Abu). Boleh la.... Nanti saya bayar yuran kelab Putra tu yer...

Saya nak niat, semua hadiah besdey dari majikan saya nak simpan sampai bersara. Moga dipanjangkan umur....

And also, special yang teramat sangat to my special girl (my hummingbird) sebab siap dtg dari Puchong bawa kek. Patutla beriyer nak suh dtg umah sana yer. I really appreciate that. Tapi usop abihkan kek dlm peti sejuk tu... Wah...... Nanti bulan 5 ni kita tunang yer... ready2 la nak cat umah ker... Hahahaha....

Kepada familyku, ni yang den geli hati nih. Cemaner boleh terwish awal. Aduh la... Thanks for wish.. Uh, wat kali pertama, abah wish... Thanks bah...



Hadiah dari kelab putra and kek coklat dari my hummingbird...

Training Katalog @ UniSEL



Aduh, memang sah la aku dok kat dept. katalog nih...

Tak per la, mungkin tuhan nak uji atau mungkin ader hikmahnya dok kat department nih...

Kene plak attend training kat UniSEL for "Workshop on Classifying Knowledge Materials Using Library of Congress Classification Scheme" di present oleh seorang pensyarah yang sangat2 terkenal dalam bidang katalog-library iaitu Mdm Hamidah Abdul Rahman Cayongcat. Org dalam bidang library pasti tak terlepas dari mendengar "siulan sakti"nya, serta lagu kumpulan Abba. Tak caya cubalah tanya staff library tempat korang...

Workshop ni berlangsung selama 4 hari. Tujuannyer nak terangkan penggunaan LCC, LC Cutter, Shelving dan sebagainya. Gila susah tu... Saper cakap keje library jaga buku... Bukan stakat jaga, siap bela lagi. Bagi nama, rekod, classify dsb...

Ader 21 organisasi terlibat. UiTM, UMK, UKM, USM, Taylor College, IKIP, Lim Kok Wing, Nottingham, Media Prima, Galeri PEtronas dan beberapa lagi yang saya tak berapa ingat..




Antara peserta, terasa nak nyanyi la... Entah mengapa...kurasa tak menentu...hehehe...

Anyway, saya enjoy pi workshop nih. Ader ilmu baru yang boleh diguna pakai disamping dapat kenalan baru....

Tahniah UniSEL, makanan korang tak mengecewakan...

Bearing LCku pecah..

Erm....

Agak musykil, cemaner dia pecah?? Langgar lubang ker?? Memamng ader langgar. Banyak kali. Dah jalan kat Shah Alam ni cam haram, nak wat cemaner. Karang jangan sebab terlalu mengelak lubang, kita masuk gaung / longkang atau kene libas ngan kenderaan lain.. Encik-encik kat "atas bukit" tu. Kasi usha skit masalah nih...

Problem ni korang dapat detect dari bunyi kat tayar belakang tu. Cuba korang turun bukit, matikan enjin. Dengar betul2, ader bunyi cam batu melenting kat mud guard korang.

Murah jer, utk LC aku nih RM14 utk 2 bearing. Jenama aku tak pasti plak... Skang dah ok.. Syukur alhamdulillah...



Pomen: Kedai Izdi seksyen 7 lama...

Bilik di masuki Cik Ti&%$

Ni yang paling tak leh handle. Dari celah mana ntah dia mai... Senyap jer...

Kisahnya suatu malam tu, tengah syok layan "Dota", terasa macam diperhati dari lantai. Benda tu warna hitam, agak besar. Erk...kacau nih.. So, tanpa berlengah serta berhati, saya bangun pelan2, angkat kaki slow2 jer... Sampai kat luar member tanya, "Ko aper hal". Saya jawab "ader benda dtg melawat.."
Kejadian kejar-mengejar berlaku. Plastik itam, bakul baju dan ridset semua digunakan secara integrasi. Setelah hampir 20 minit terpekik terlolong. Akhirnya tangkapan berjaya...

Ikuti kisah selanjutnya...



Yeh tangkapan berjaya. Shiot, bakul baju aku tuh... Haram sungguh ....




Amik ko.... Rasakan air dari Syabas tu.


Hahahaha, lepas ni kita wat sup.... Caya la Sop....(basuh bakul baju aku tu..)

Ader saper2 nak minta kitorg tangkap. Ring me... heheheh...

Mangkuk Tingkat.com

Erm, rasenya, rami yang penah dengarkan... Tapi tak penah tengok.. saya dah cuba dah... Boleh la tahan...

Biasanya, kita akan order utk tempoh sebulan. Maksudnya, kita bayar utk satu bulan la... Tapi ingat, satu bulan bukan bermaksud 30-31 hari tuh. Dia amik hari bekerja jer bersamaan 20 hari...

Sekali makan lebih kuran RM5 cam tu... Cuma yang tak best ader kos penghantaran. Mahal gak tu... Dalam RM1.70...

Menu boleh tengok kat web yang disediakan, biasa diorg dah letak menu utk sebulan tu. Kita tak leh la nak pilih2 menu lain. Contohnya, yang lepas diorg bagi peria, saya tak makan peria sebab pahit. Tapi mengenangkan benda ni berbayar, telan gak la..

Klu korang amik pakej sorang jer makan, diorg bagi bekas plastik jer. Klu 2 bru diorg bagi yang dalam mangkuk tingkat besi tu..

Buat masa yang saya dah order nih, semua makanan bersih. Nasi banyak gak, cuma lauk tu, biasa dapat seketul jer. Klu hari tu makan ikan, dapat la seketul ikan. Overall ok...

Ni antara image mangkuk tingkat nih...







Yang bestnya tu, klu hari tu korang ader meeting ker, cuti ker, korang leh minta tunda ke hari lain atau gandakan makanan tu pada hari berikutnya atau pun pulang duit. Flexible kan...

Yang tak bestnya, dia hantar banyak tempat. Klu tempat korang dia jumpa dlu, maknanya makanan tu akan dihantar awal. Macam saya, lunch pukul 1, tapi makanan tu sampai kul 10. Time makan dah sejuk plak. Nak guna oven tak reti .. Aduhai...

Anyway, selamat mencuba....