Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
ingat tak lagu nih. saya nyanyi masa tadika kemas kat kg kurnia johor. masa tu cikgu ramlah ngajor ngan mak minah sebagai tukang masak. teringat kat bubur mak minah tu. kami 6 adik beradik sekolah tadika kat situ kan. semoga kedua-dua insan ini berada dalam keadaan sihat walafiat....amin...
Mari mita menghayati kisah2 kehidupan Nabi Muhammad s.a.w dan kita ambil sedikit amalan yang baginda lakukan seperti doa2, perilaku semoga kita semua mendapat syafaat daripada baginda kelak...insya allah
0 komen:
Post a Comment